Monday, May 30, 2011

Bacaan Yassin Setiap Hari Khamis Malam Jumaat

Assalammualaikum,


Kepada semua penduduk beragama Islam yang ingin membuat bacaan Yassin di rumah, sila maklumkan kepada Pengerusi, En Shaiful Nazri Abdul Jabbar di nombor +60 13 6764 024.

Sekian Terima Kasih.

Monday, May 9, 2011

Hari Kejiranan 2011

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Pada 21 Mei 2011, persatuan akan mengadakan Hari Kejiranan dengan 2 aktiviti utama iaitu:

1. Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Kawasan Perumahan, bermula jam 8:00 pagi
2. Aktiviti Solat Hajat, bermula jam 7:30 malam

Diharap semua dapat hadir dan bersama-sama menjalankan aktiviti sambil mengeratkan silaturahim sesama penduduk. Penduduk juga dapat menyemak akaun yuran keselamatan pada hari berkenaan.


Terima Kasih

Friday, April 22, 2011

"Link" baru untuk komoditi penduduk

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebuah "Page Link" baru akan diwujudkan bagi memuatkan iklan penduduk yang ingin menjual komoditi / barangan. Diminta sesiapa yang berminat supaya:

1. Menyenarikan barangan yang ingin di iklankan;
2. Menyediakan iklan di dalam format "Word Document" supaya mudah dimuatkan didalam blog;
3. Nyatakan peratusan sumbangan (sekiranya ingin menyumbang), bagi setiap penjualan yang dibuat melalui iklan di dalam blog ini.

Sekian Terima Kasih
AJK Maklumat

Komen Blog Di Aktifkan Kembali

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Komen bagi blog ini telah diaktifkan semula, namun ianya tidak akan di pamerkan sebelum ditapis. Sila elak daripada memberi komen :

1. Tidak berasaskan fakta;
2. Mengandungi kata-kata kesat;
3. Mengandungi unsur-unsur tomahan kepada mana-mana penduduk;
4. Mengandungi unsur-unsur hasutan yang boleh menggugat keharmonian penduduk;
5. Mengandungi lain-lain unsur negatif yang boleh menggugat keharmonian penduduk.

Diminta semua memberikan kerjasama. Blog ini adalah bagi menyebarkan maklumat kepada semua penduduk dan bukan suatu medium yang boleh digunakan untuk kepentingan peribadi.

Sekian Terima Kasih.
AJK Maklumat

Sunday, March 27, 2011

Borang Aduan @ Cadangan Penduduk

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Borang Aduan @ Cadangan Penduduk telah di muat turun kembali. Harap maaf atas segala kesulitan dan kelewatan.

Sekian Terima Kasih.
AJK Maklumat