Saturday, January 14, 2012

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-3 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3, Kajang, Selangor kali ke-3 akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 12 Februari 2012 (Ahad)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Taman Puncak Saujana Seksyen 3

> klik sini untuk agenda <

Semua penduduk dijemput hadir ke Mesyuarat Agung yang diadakan. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan boleh mengemukakan sebarang usul yang hendak diutarakan dalam borang usul yang disediakan.Usul juga boleh dikemukakan didalam blog persatuan dengan menyertakan nama dan no. telefon. Usul tersebut hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 22hb Januari 2012(Ahad) kepada ketua blok masing-masing atau melalui setiausaha En. Fairul Azmi(No.307), atau pen. setiausaha En. Mohd Saberi(No.311B),atau Pengerusi En. Shaiful Nazri(No.28)

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan persatuan dalam pembentukan keharmonian taman.

Borang usul AGM ke-3

Friday, January 13, 2012

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-3, PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR


AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-3,
PERSATUAN PENDUDUK
TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR

Tarikh      :       12 Februari 2012 (Ahad)
                       Masa       :       8.15 pagi
Tempat    :      Surau Taman Puncak Saujana Seksyen 3, Jalan 3/1A,
Seksyen 3, 43000 Kajang, Selangor
Pengerusi :      En. Shaiful Nazri Abdul Jabbar


Masa                                                   Perkara

8.15 pagi                     Pendaftaran ahli-ahli PPTPSS3KS

                                    Bacaan Doa

8.45 pagi                     Ucapan Aluan oleh Pengerusi PPTPSS3KS

9.00 pagi                     Mesyuarat Agung PPTPSS3KS dimulakan

-                             Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Kedua

-                             Pembentangan Laporan oleh Setiausaha

-                             Pembentangan Laporan oleh Bendahari

-                             Membincangkan usul daripada ahli

Pembubaran AJK PPTPSS3KS Tahun 2011

Perlantikan Pengerusi Sementara

-                             Perlantikan AJK PPTPSS3KS 2012

Ucapan daripada Wakil AJK PPTPSS3KS 2012


12.00 tgh                     Jamuan Makan/Bersurai

Wednesday, January 4, 2012

Taska Tunas Bintang (No. 199, Jalan C)

Taska Tunas Bintang merupakan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang memberikan kemudahan kepada ibu bapa yang bekerja. Keselamatan dan keselesaan anak-anak anda adalah prioriti kami di Taska Tunas Bintang.


Bayaran Bil Perkhidmatan Bayaran(sebulan)
1 Pendaftaran RM 70
2 Bayi 2 bulan hingga 2 tahun RM 300
3 Kanak-kanak 2 hingga 4 tahun RM 280
4 Transit RM 150


Waktu operasi :
Isnin hingga Jumaat
7.00 am hingga 6.00 pm

Wednesday, November 23, 2011

PELAWAAN KEPADA ANAK-ANAK PENDUDUK LEPASAN PMR/SPM UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAN DIPLOMA DI EAST WEST COLLEGE SEREMBAN

Dengan hormatnya, saya bagi pihak East West College (EWC) menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

2. East West College (EWC) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang beroperasi di Seremban merupakan sebuah kolej yang diberi lesen oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang hospitaliti dan pelancongan.

3. Sebagaimana yang telah diketahui , Program Sijil Kemahiran Malaysia ini telah terbukti berjaya melahirkan pekerja mahir bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di bidang Hospitality dan Pelancongan. Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan East West College (EWC) telah mengadakan satu kerjasama bagi melatih tenaga kerja mahir sektor Hospitaliti dan Pelancongan. Para pelajar akan mengikut program Sijil Makaysia di East West College dengan bantuan kewangan oleh Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan IRDA akan menempatkan dimana para pelajar tersebut akan diambil berkerja setelah tamat latihan.

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama antara East West College (EWC) pihak persatuan penduduk adalah diperlukan ini selaras dengan matlamat Kementerian Sumber Manusia untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir. Selaras dengan aspirasi Negara dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran. Pihak kolej mengalu – alukan penglibatan pihak persatuan penduduk untuk memastikan bahwa para pelajar yang gagal dalam SPM tidak tercicir dalam arus pembangunan Negara . Semoga pihak persatuan penduduk dapat memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya bagi menjayakan usaha murni ini.

5. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak Persatuan Penduduk dapat menghantar seberapa banyak pelajar yang mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai PMR dan berumur 16 tahun keatas bagi program Sijil Kemahiran Malaysia dan pelajar yang mempunyai 3 kredit dalam SPM dalam program Diploma.

6. Di atas kerjasama daripada pihak tuan itu adalah amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 019 227 -2264

Yang berusaha,


(JASAZIZI BIN HAJI AHMAD)
Pegawai Pembangunan Siswazah
East West College (EWC)
Seremban