Monday, February 7, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 2 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR


 
Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 2 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Ingin dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke 2 Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 Kajang Selangor akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh              :           12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa               :           8.15 pagi
Tempat            :           Jalan Puncak Saujana 3/2,
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor

3.         Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat sebarang usul daripada ahli-ahli Persatuan boleh dikemukakan kepada Setiausaha Persatuan. Kehadiran dan kerjasama Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan di mesyuarat tersebut amatlah dihargai.

Sekian, harap maklum.



MOHD FARIZ AHMAD
Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana
Sekysen 3 Kajang Selangor







AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 2
PERSATUAN PENDUDUK
TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR


Tarikh              :           12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa               :           8.15 pagi
Tempat            :           Jalan Puncak Saujana 3/2,
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor
Pengerusi        :           Encik Kamarulzaman Abdul Ghani


Masa                                                   Perkara

8.15 pagi                     Pendaftaran ahli-ahli PPTPSS3KS

8.45 pagi                     Ucapan Aluan oleh Pengerusi PPTPSS3KS

9.00 pagi                     Mesyuarat Agung PPTPSS3KS dimulakan

                                    -           Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama

-           Pembentangan Laporan oleh Setiausaha

-           Pembentangan Laporan oleh Bendahari

                                    Pembubaran AJK PPTPSS3KS Tahun 2010

                                    Perlantikkan Pengerusi Sementara

-           Perlantikan AJK PPTPSS3KS 2011

Ucapan daripada Wakil AJK PPTPSS3KS 2011

-           Membincangkan usul daripada ahli

12.00 tgh                     Jamuan Ringan / Bersurai.



Friday, January 28, 2011

Jemputan Majlis Doa Selamat

Assalamualaikum,
Saya ingin memanjang permintaan En Kamari, rumah no 310A, menjemput semua warga Tmn Puncak Saujana Sek 3 ke rumah beliau bagi tujuan di atas.
Berikut disertakan butiran bg tujuan tersebut;

Tarikh : 29 Jan 2011 (Sabtu)
Masa : 7 mlm ( solat Maghrib berjemaah ), diikuti dgn doa selamat dan solat Isya'
Tempat : Kediaman En Kamari, No 310A

Semoga kita semua dpt memenuhi permintaan beliau dan semoga majlis berjalan lancar.

Wednesday, January 5, 2011

Surat mohon kemudahan awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Di majukan surat dr persatuan utk memohon kemudahan awam ke pihak berwajib. Semoga dgn adanya kemudahan ini akan memberikan kebaikan utk kita bersama.

< klik utk lihat >

Monday, January 3, 2011

Surat maklumbalas MPKJ utk kawalan keselamatan

Salam semua,

Di majukan surat maklum balas utk rujukan semua.
%klik utk lihat%

Sunday, January 2, 2011

Ahli Facebook dibekukan sementara

Salam warga taman,
Buat masa ini dimaklumkan penambahan ahli utk 'join' grp taman di facebook terpaksa dibekukan sementara. Ini adalah utk memberi ruang penubuhan group facebook yg baru khas utk taman kita. Setelah fasa ini selesai, ahli yg sedia ada akan di jemput utk join group ini semula dan termasuk yg berstatus 'request'.
Maaf atas segala kesulitan.