Wednesday, November 23, 2011

PELAWAAN KEPADA ANAK-ANAK PENDUDUK LEPASAN PMR/SPM UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAN DIPLOMA DI EAST WEST COLLEGE SEREMBAN

Dengan hormatnya, saya bagi pihak East West College (EWC) menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

2. East West College (EWC) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang beroperasi di Seremban merupakan sebuah kolej yang diberi lesen oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang hospitaliti dan pelancongan.

3. Sebagaimana yang telah diketahui , Program Sijil Kemahiran Malaysia ini telah terbukti berjaya melahirkan pekerja mahir bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di bidang Hospitality dan Pelancongan. Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan East West College (EWC) telah mengadakan satu kerjasama bagi melatih tenaga kerja mahir sektor Hospitaliti dan Pelancongan. Para pelajar akan mengikut program Sijil Makaysia di East West College dengan bantuan kewangan oleh Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan IRDA akan menempatkan dimana para pelajar tersebut akan diambil berkerja setelah tamat latihan.

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama antara East West College (EWC) pihak persatuan penduduk adalah diperlukan ini selaras dengan matlamat Kementerian Sumber Manusia untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir. Selaras dengan aspirasi Negara dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran. Pihak kolej mengalu – alukan penglibatan pihak persatuan penduduk untuk memastikan bahwa para pelajar yang gagal dalam SPM tidak tercicir dalam arus pembangunan Negara . Semoga pihak persatuan penduduk dapat memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya bagi menjayakan usaha murni ini.

5. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak Persatuan Penduduk dapat menghantar seberapa banyak pelajar yang mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai PMR dan berumur 16 tahun keatas bagi program Sijil Kemahiran Malaysia dan pelajar yang mempunyai 3 kredit dalam SPM dalam program Diploma.

6. Di atas kerjasama daripada pihak tuan itu adalah amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 019 227 -2264

Yang berusaha,


(JASAZIZI BIN HAJI AHMAD)
Pegawai Pembangunan Siswazah
East West College (EWC)
Seremban

Thursday, October 20, 2011

Penyata Yuran/ Sumbangan Penduduk

Persatuan telah mengedarkan penyata yuran/ sumbangan penduduk pada 10 dan 13 Oktober 2011. Sekiranya ada kemusykilan atau pertanyaan, bolehlah hubungi Bendahari atau ketua blok masing-masing untuk penjelasan.

Bendahari

Monday, October 10, 2011

Program Korban 2011

السلام عليكم

Persatuan akan menganjurkan program korban pada hari raya haji ini, seperti berikut:
Harga: RM400 satu bahagian
Jumlah: 2 - 3 ekor lembu

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi En Saleh Jupri (Blok B, 019-399 7271)
Penyertaan dan pembayaran sebelum 25 Oktober 2011.

Sekian.
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100001389688195

Thursday, October 6, 2011

Pelekat Kenderaan Percuma Untuk Lebihan Bayaran 2011

Assalamualaikum Jiran-jiran;

Seperti yang disarankan di sini, sebahagian daripada penduduk membayar yuran secara online ke akaun Maybank Persatuan. Untuk mengenal pasti pembayarnya, pihak AJK telah meminta penduduk melebihkan bayaran (Yuran + no. rumah).

Untuk memulangkan lebihan bayaran tersebut, Mesyuarat AJK telah bersetuju memberikan sekeping sticker kereta 2012/13 bagi sebarang lebihan pembayaran pada tahun ini. Pelekat tersebut akan diedarkan kepada yang berkenaan bersama-sama penyata yuran September tidak lama lagi.

Pelekat 2012/13 juga boleh dibeli daripada Pengerusi ataupun Bendahari dengan harga RM5 (motosikal) dan RM10 (kereta).

-Bendahari-

Friday, September 30, 2011

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERSATUAN PENDUDUK TPSKS3 2011

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, sukacitanya mengundang Dato/Datin/Tuan/Puan/Cik ke Majlis ini pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

TARIKH      :       1HB OKT 2011 (SABTU)
MASA         :         7.45 mlm
TEMPAT     :       JALAN HADAPAN RUMAH BERKEMBAR (SEMI-DETACH)
                              JALAN PUNCAK SAUJANA 3/2,
                              TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3,
                  43000 KAJANG
SUMBANGAN    :               RM10 ( MINIMUM )
PAKAIAN            :               BAJU MELAYU / BAJU KURUNG / BAJU TRADISIONAL   

Sekiranya Dato/Datin/Tuan/Puan/Cik ingin menyumbang makanan, peralatan, tenaga dan sebagainya, sila maklumkan kepada Ketua Blok masing-masing.
Kerjasama daripada Dato/Datin/Tuan/Puan/Cik amatlah diharapkan. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini.


ATURCARA MAJLIS
7.45mlm                Ketibaan Para Tetamu
8.15mlm                Ucapan Aluan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana,
      Seksyen 3, Kajang
8.25mlm                Bacaan doa
8.30mlm                Jamuan Hari Raya
11.00mlm              Majlis Bersurai