Friday, February 10, 2012
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
Bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan 2012 Ahad ini, Persatuan telah menjemput Suruhanjaya Pilihanraya untuk membolehkan penduduk menyemak daftar pemilih atau menukar tempat mengundi, dan membuat pendaftaran sebagai pengundi.
Semoga dengan aktiviti ini, penduduk Taman kita dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di pilihanraya akan datang.
Sekian.
Thursday, February 2, 2012
Senarai nama dan kumpulan pemain kejohanan badminton beregu lelaki tertutup
Assalamualaikum dan Salam sejahtera Warga Taman,
Lanjutan dari makluman kejohanan badminton sebelum ini, berikut disertakan senarai nama dan kumpulan pemain bagi yang terlibat sebagai rujukan dan tindakan.
Sila hubungi penganjur jika terdapat sebarang kemuskilan.
Harap maklum.

Sunday, January 15, 2012
Kejohanan badminton beregu lelaki tertutup taman Puncak Saujana Seksyen 3
![]() |
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga taman,
Berita baik kepada semua warga taman, persatuan akan mengadakan kejohanan badminton beregu lelaki tertutup taman Puncak Saujana Seksyen 3 buat kali pertama . Butiran kejohanan tersebut adalah seperti berikut;
Tarikh : 11 February 2012
Masa : 830 pagi
Tempat : Semenyih Badminton Centre, Jalan Semenyih, Selangor
Tarikh tutup penyertaan : 29 January 2012
Dipersilakan semua warga taman berentap di sana yang julung-julung kali diadakan. Ayoh, ambillah peluang ini untuk menyihatkan badan disamping mengeratkan lagi hubungan antara kita. Menang atau kalah adalah adat pertandingan tapi yang lebih penting adalah semangat kesukanan yang jitu.
Borang penyertaan dan syarat boleh di dapati di 'link' di bawah atau di ruangan borang-borang. Sebarang kemuskilan bolehlah hubungi :
1. En Zulkifli - 016-2268852
2. En Bahari - 013-3683872
Jom jumpa disana, belum cuba belum tahu. Terima kasih.
" Majulah sukan untuk taman puncak saujana seksyen 3 "
> klik untuk borang penyertaan dan syarat <
Saturday, January 14, 2012
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-3 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3, Kajang, Selangor kali ke-3 akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 12 Februari 2012 (Ahad)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Taman Puncak Saujana Seksyen 3
> klik sini untuk agenda <
Semua penduduk dijemput hadir ke Mesyuarat Agung yang diadakan. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan boleh mengemukakan sebarang usul yang hendak diutarakan dalam borang usul yang disediakan.Usul juga boleh dikemukakan didalam blog persatuan dengan menyertakan nama dan no. telefon. Usul tersebut hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 22hb Januari 2012(Ahad) kepada ketua blok masing-masing atau melalui setiausaha En. Fairul Azmi(No.307), atau pen. setiausaha En. Mohd Saberi(No.311B),atau Pengerusi En. Shaiful Nazri(No.28)
Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan persatuan dalam pembentukan keharmonian taman.

Subscribe to:
Posts (Atom)