Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Bayaran yuran secara online di bekukan sementara


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Seperti sedia maklum, AJK yg baru telah di lantik pada AGM yg lepas dan akan berkuatkuasa pada 1Mac 2011. Oleh itu bayaran yuran secara online akan dibekukan sehingga akan diberitahu kelak dalam persediaan kemaskini akaun yg akan diserahkan kpd AJK yg baru. Walaupun bayaran secara online dibekukan, warga taman masih boleh membuat bayaran secara manual iaitu kpd AJK yg telah di lantik. Senarai AJK yg baru akan di paparkan selepas mensyuarat pertama di adakan. Di harap perkara ini mendapat kerjasama dr warga taman sekalian.
Sekian

Status kritikal utk bayaran yuran bulanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ingin dimaklumkan kadar kutipan yuran bulanan akhir-akhir ini amat mendukacitakan dimana baki semasa akaun kita tidak dpt menjelaskan bayaran kawalan keselamatan bagi bulan Januari dan Februari 2011. Pada AGM yg lepas telah dimaklumkan baki akaun yg telah berakhir pada 31 Dec 2010, masih berbaki RM8819.37. Tetapi baki ini masih belum di tolak utk bayaran kawalan keselamatan utk bulan Disember, Januari, Februari dan kos AGM. Oleh demikian itu, wajarlh kita semua memainkan peranan yg telah menjadi tanggungjawab yg telah kita pikul bersama utk menjaga keharmoninan taman yg kita diami ini.
Adakah perlu rumah kita di pecah masuk terlebih dahulu dan barulh kita sedar betapa pentingnya kawalan keselamatan ini.
Dengan itu kami memohon warga taman semua menghulurkan bantuan dgn membayar paling tidak utk satu bulan walaupun masih ada beberapa bulan yg tertunggak. Di harap bayaran tersebut dpt dibayar dlm tempoh terdekat ini. Terima kasih juga kpd warga taman yg telah membuat bayaran.
Kami percaya semua warga taman terdiri drpd golongan bijak pandai yg boleh menilai sesuatu yg baik atau buruk. Buatlah keputusan dimana bukan kepentingan diri di utamakan. Sudah sampai masanya hidup bermasyarakat diberi keutamaan dan ingatlah, kitalah contoh kpd generasi yg akan datang iaitu anak-anak kita.
Sekian

Wednesday, February 16, 2011

Group baru facebook "Tmn Puncak Saujana SecThree"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yg dimaklumkan seblm ini, group facebook yg sedia ada akan digantikan dgn group baru dlm usaha menambah baikan penyebaran maklumat. Group tersebut boleh di cari dgn menggunakan carian ' Tmn Puncak Saujana SecThree ' atau email tpsks3@gmail.com. Group yg sediaada akan di tutup sepenuhnya pada 1 Mac 2011 dan diteruskan dgn group yg baru.
Oleh itu, semua warga taman di jemput menyertai group ini supaya kita saling mengenali antara satu sama lain disamping sebagai medium penyebaran maklumat utk tmn kita. Ingin saya ingatkan, group ini adalah ' group terhad ' di mana hanya dibuka utk warga tmn kita shj. Oleh itu sila maklumkan nama rumah apabila memohon utk menyertai group ini.
Sekian

Tuesday, February 15, 2011

Ahli baru Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3

Warga taman,
Seperti yg kita maklum, pemilik Simfoni telah mula mendiami rumah masing2 beberapa bulan lepas. Kami AJK Persatuan  Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 mengucapkan tahniah dan selamat datang diucapkan. Walaubagaimana pun kami menumpang simpati kpd pemilik yg telah ditimpa kecelakaan pecah rumah dan kecurian. Perkara ini mmg sering berlaku semasa bg kawasan yg baru didiami. Oleh itu, pihak persatuan ingin menjemput Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik menyertai persatuan taman kita supaya jalan penyelesaian dpt ditemui seberapa segera. Borang ahli boleh didapati di blog ini dan boleh diserahkan kpd wakil blok yg telah dilantik pada AGM yg lepas.
Sertailh seramai yg mungkin dgn kadar segera bg mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku lagi. Secara khususnya, dgn adanya lebih ramai ahli, bayaran keselamatan yg dikenakan akan berkurangan, Insyaallah.
Semoga kita semua dpt bersama-sama menjaga keselamatan taman kita ini. Bertindak sebelum terlambat.

Sunday, February 13, 2011

Welome Simfoni

Selamat datang di ucapkan kpd kelompok Simfoni dr Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 dan penduduk kelompok Serindit dan Seroja. Semoga dgn adanya kelompok baru ini, di harap seksyen 3 akan menjadi lebih meriah di samping kita dpt menolong antara satu sama lain dlm semua perkara. Di harap bersama-samalh kita menjaga keharmonian taman yg telah kita di diami.ini

            " Selamat Datang Simfoni "

Tuesday, November 23, 2010

JEMPUTAN SOLAT MAGHRIB, YASSIN DAN TAHLIL

Warga Taman,
Di panjangkan amanah dari En Nizam (312A) kpd ahli taman;
Dijemput semua ke rumah beliau pada;
Tarikh : 25 Nov 2010, Khamis
Waktu : 7pm

Untuk tujuan menunaikan solat Maghrib diikuti dgn bacaan Yassin dan tahlil. Semoga semua dapat hadir memenuhi permintaan beliau. Kaum ibu dijemput hadir selepas Isyak untuk jamuan.
Terima kasih.

Saturday, November 20, 2010

KEBAJIKAN AHLI

Warga taman sekalian,
Untuk makluman semua, mesyuarat jawatankuasa bil 6/2010 telah bersetuju untuk;
1. Bagi ahli yg menjadi mangsa jenayah kecurian di rumah (setelah mempunyai laporan polis) akan di bayar saguhati utk mengurangkan beban kpd ahli sebanyak RM100.
2. Manakala bagi ahli/anak kpd ahli yang sakit, ditahan wad dan bermalam sekurangnya semalam akan dibayar saguhati sebanyak RM30 setelah lawatan oleh AJK dibuat.

Sila maklumkan perkara yg berkaitan kepada AJK utk tindakan jika terlibat.
Terima kasih

Saturday, October 30, 2010

Facebook

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Di minta kepada sesiapa yg ingin memohon utk join facebook taman, sila sertakan no rumah utk rujukan admin disebabkan group facebook ini hanya khas utk taman kita. Kekadang nama utk facebook berlainan dgn nama sebenar. Terima kasih atas kerjasama semua.

Tuesday, October 19, 2010

Majlis doa selamat Datuk Zulhasnan

Warga Taman,
Di panjangkan amanah dari Datuk Zulhasnan kpd ahli taman;
Dijemput semua ke rumah beliau pada;
Tarikh : 21 Okt 2010, Khamis
Waktu : 7pm

Untuk tujuan menunaikan solat Maghrib dan doa selamat sebelum beliau bertolak menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Semoga semua dapat hadir. Kaum ibu dijemput hadir selepas Isyak untuk jamuan.
Terima kasih.

Friday, September 3, 2010

Makluman Utk Pembayar 'Online'

Assalamualaikum warga taman,
Makluman dr Bendahari, pembayaran melalui 'online' sungguh menggalakkan. Terima kasih diucapkan kpd semua, cuma terdapat beberapa kesilapan kecil menyebabkan rekod utk pembayaran tidak berjalan lancar. Di harap semua warga taman dpt memberikan kerjasama utk membetulkan nota pd transaksi seperti di bawah. Sila email pd Bendahari butiran pembayarn selepas itu.

No acc Maybank: 5620-2160-5672
Nama didaftar : PERSATUAN PENDUDUK PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3, KAJANG
nota pd transaksi: (sila isikan seperti format seperti berikut)
YuranbulananJun10*nama&no rumah*
cth: YuranbulananJun10Bahari107



Sila pastikan dan isikan butiran diatas supaya rekod pembayaran anda semua sampai ke destinasinya sepatutnya.
Selepas transaksi siap, sila email "copy transaction" kpd bendahari utk rujukan bayaran. Email ke : zulchargeman@yahoo.com

Harap maklum

Sunday, August 29, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53


Salam Warga Taman,
Sehari dua lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yg ke 53. Dgn tema ‘1Malaysia Menjana Transformasi‘ di harap kita tidak terlupa utk mengibarkan Jalur Gemilang di mana2 jua sehingga 16 Sept, iaitu Hari Malaysia. Semoga negara kita bertambah maju, makmur dan berdaulat.

Saturday, August 28, 2010

Friendly Reminder utk Cukai Taksiran

Warga Taman,
Ini adalah "Friedly Reminder" utk cukai taksiran yg akan tamat pada 31 Ogos 2010. Di harap kita semua dpt menjelaskannya sebelum tarikh tamat utk mengelakkan fi notis.
TQ

Tuesday, August 3, 2010

Hanya 10 minit

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga taman,

Fikir-fikirkan....



Friday, July 30, 2010

Kejadian pecah rumah terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semlm AJK dimaklumkan telah terdapat 4 kejadian pecah rumah di kejiranan taman kita ( depan playground ) sehingga yg terkini adalah lebih kurang tghhari semlm. Kejadian ini amatlh dirisaukan yg mana lokasinya hanya besebelahan shj dgn tmn kita. Kali ini bukan setakat kehilangan biasa, malah kereta turut dilarikan sehingga ke jalan besar. Jika dilihat dr segi perbezaannya, lokasi tmn tersebut adalah lebih selamat kerana begitu hampir dgn jln besar bebanding dgn tmn kita di pinggir hutan, cuma bezanya tiada kawalan keselamatan berbanding kita. Di harap dgn adanya kawalan keselamata di tmn kita ini, mudah-mudahan di jauhi dr perkara sebegini. Mencegah lebih baik dr merawat. Di harap warga taman sentiasa berhati2 dan sentiasa memberi kerjasama kpd security guard kita yg telah kita lantik utk bersama-sama menjaga taman kita.
TQ

Pelekat motor

Warga Taman,
Di maklumkan pelekat motor sudah boleh diperolehi dr ketua2 blok masing2. Sila dptkan dgn kadar segera dgn harga RM 3 shj. Dptkan sebelum penguatkuasaan utk motor di mulakan.
TQ

Sunday, April 18, 2010

Logo TPSKS3

Warga taman,
Seperti maklum, persatuan taman kita telah berjaya ditubuhkan dgn jayanya. Untuk melengkapkan lagi pertubuhan itu, satu logo mesti di buat utk digunakan sebagai letter head, sticker dan lain2 lagi. Dengan itu, Pengerusi taman kita mengalu-alukan sesiapa yg berkebolehan atau berminat utk menyumbang idea utk logo taman kita ini.Sedikit ganjaran mungkin akan di hadiahkan utk ini (bergantung kpd sumber keewangan semasa kita). Syarat2 biasa perlu diberi perhatian;

1. Rekaan logo hendaklah kemas dan menarik.
2. Kedua-dua moto dan logo hendaklah mudah difahami dan jelas maksudnya.
3. Memastikan logo, moto yang direka mestilah asli (hakcipta terpelihara), baru dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.
4. Moto boleh dibuat dalam dwi bahasa; Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jika ada sebarang cetusan idea atau cadangan amatlh digalakkan, sila email tpsks3@gmail.com.

TQVM

Saturday, April 10, 2010

Kejadian ragut

Akhir2 ini taman sekitar kawasan kita di gegarkan dgn berita ragut. Di maklumkan peragut ini menggunakan motor utk tujuan ini. Di harap semua warga taman sentiasa berhati2 dlm mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku. Sentiasa memantau anak2 yg bermain di luar rumah dan pastikan kediaman dlm keadaan selamat sebelum meninggalkannya.

Friday, March 26, 2010

Takziah

Takziah kepada keluarga En Yusniman(No 105) kerana telah kehilangan bapanya pada pagi 26 Mac 2010.

Marilah bersama-sama kita menghadiahkan pahala Bacaan Al Fatihah dan mendoakan agar rohnya akan bersemadi aman dan ditempatkan oleh Allah SWT bersama roh orang orang yang beriman, para syuhada dan solihin. Insya Allah, AL-FATIHAH

Marilah ramai2 kita mendaftar Khairat kematian utk kepentingan bersama. Sila serahkan borang ke AJK secepat mungkin.

Harap maklum

Sunday, March 14, 2010

KAJISELIDIK BAGI PERMOHONAN MENERUSKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN YANG SEDIA ADA

( ) TPPSS3K(F.1) JLD.1


KEPADA : SEMUA PENDUDUK-PENDUDUK
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor 9hb Mac 2010


No. 184, Jalan Puncak Saujana 3/1D,
Taman Puncak Saujana, Seksyen3,
43000 Kajang, Selangor

Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

KAJISELIDIK BAGI PERMOHONAN MENERUSKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN YANG SEDIA ADA DI TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Ingin dimaklumkan bahawa perkhidmatan kawalan keselamatan yang disediakan oleh pemaju TPPT Sdn Bhd secara percuma selama tempoh setahun akan tamat pada akhir bulan April 2010. Bermakna bermula 1 Mei 2010, tiada lagi perkhidmatan kawalan keselamatan.

3. AJK Penaja telah berbincang pada 7 Mac 2010 dan mencapai kata sepakat supaya perkara ini dipanjangkan kepada penduduk-penduduk taman ini terlebih dahulu dengan membuat kajiselidik ke atas perkhidmatan ini. Kajiselidik ini bertujuan bagi mendapatkan maklumbalas penduduk-penduduk samada masih memerlukan perkhidmatan ini atau sebaliknya. Perlu di ambil perhatian bahawa sekiranya penduduk-penduduk ingin meneruskan perkhidmatan ini, ianya akan melibatkan bayaran bulanan ke atas syarikat kawalan keselamatan yang dilantik bagi menjaga taman ini.

4. AJK Penaja menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Kajang, sehingga kini telah berlaku 5 kejadian pecah rumah di taman ini sepanjang perkhidmatan kawalan keselamatan yang lama. Pihak IPD Kajang memaklumkan bahawa kekerapan jenayah ini bukan hanya berlaku di taman ini sahaja, malah taman-taman bersebelahan. Untuk makluman, bilangan rumah yang ada di taman ini adalah sebanyak 186 buah (Semi D dan Double Storey Terrace House). Daripada jumlah tersebut, dianggarkan hampir 90% buah rumah telah diduduki.

5. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasabaik Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk mengisi ruangan kajiselidik yang telah disediakan di bawah bagi maklumbalas perkhidmatan tersebut. Keputusan kajiselidik ini akan dimuat turun di dalam blogspot taman ini (http://tamanpuncaksaujanaseksyen3.blogspot.com). AJK Penaja akan menjalankan kajiselidik ini dari rumah ke rumah mulai tarikh di atas pada sebelah malam hari. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.


Khairul Anuar Abdul Latif
Pengerusi Penaja
Taman Puncak Saujana, Seksyen3
Kajang

Saturday, March 13, 2010

Keahlian penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3

Warga taman sekalian,
Sepeti makluman sebelum ini, sila isikan borang keahlian penduduk dan serahkan kpd AJK penaja selewat-lewatnya pada 25 Mac 2010. Sila sertakan juga duit sebanyak RM 40 bagi yuran masuk RM10 dan yuran bulanan RM 30. Sila download borang keahlian menggunakan link di bwh atau di ruangan borang2.
Harap maklum.

>Download borang keahlian<