Saturday, March 13, 2010

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA (TAHUN 2010) PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR

( ) TPPSS3K(F.1) JLD.1


KEPADA : SEMUA PENDUDUK-PENDUDUK
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor 9hb Mac 2010


No. 184, Jalan Puncak Saujana 3/1D,
Taman Puncak Saujana, Seksyen3,
43000 Kajang, Selangor

Y. Bhg. Dato’/Datin /Tuan/Puan,

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA (TAHUN 2010) PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Syukur kita kehadrat Illahi pada 26hb Februari 2010, Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (ROS) telah meluluskan permohonan Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja bagi menubuhkan persatuan penduduk di taman ini. Oleh yang demikian, persatuan ini secara sahnya dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3, Kajang, Selangor dengan no. pendaftaran 0488-10-SEL. Lantaran daripada itu, AJK Penaja perlu dibubarkan dan Mesyuarat Agung Kali Pertama (Tahun 2010) akan diadakan bagi pemilihan AJK baru yang dilantik oleh ahli-ahli yang berdaftar di bawah persatuan ini.

3. AJK Penaja pada 7 Mac 2010 telah berbincang dan mencadangkan tarikh mesyuarat tersebut adalah pada 28 Mac 2010 (Ahad) jam 9.30 pagi bertempat di Jalan Puncak Saujana 3/2, Seksyen 3, Kajang. AJK Penaja juga ingin memohon jasabaik Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan dengan menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak minimum RM10.00 setiap rumah bagi penyediaan mesyuarat tersebut antaranya penyewaan khemah, kerusi dan meja, makanan dan minuman, kertas-kertas mesyuarat dan sebagainya.

4. Bayaran tersebut bolehlah diserahkan kepada ketua blok masing-masing atau berhubung terus kepada Bendahari. AJK Penaja juga akan mengadakan kutipan tersebut dari rumah ke rumah pada sebelah malam hari mulai tarikh di atas. Dilampirkan juga senarai AJK Penaja ini untuk rujukan.

Kerjasama dan keprihatinan Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.


Khairul Anuar Abdul Latif
Pengerusi Penaja,
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
Kajang.

Thursday, March 4, 2010

Takziah

Takziah kepada keluarga En Sulaiman(No 147) kerana telah kehilangan ibu dlm 3 hari lepas. Makluman dari AJK penaja, surat kematian telah diserahkan kpd pertubuhan khairat Desa Seri Jenaris bg pembayaran saguhati RM600.

Marilah bersama-sama kita menghadiahkan pahala Bacaan Al Fatihah dan mendoakan agar rohnya akan bersemadi aman dan ditempatkan oleh Allah SWT bersama roh orang orang yang beriman, para syuhada dan solihin. Insya Allah, AL-FATIHAH

Untuk makluman semua, jumlah ahli yg ada bg taman kita adalah seramai 37 org. Marilah ramai2 kita mendaftar utk kepentingan bersama. Sila serahkan borang ke AJK secepat mungkin.

Harap maklum

Thursday, February 25, 2010

KEAHLIAN PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN DESA SERI JENARIS

( 40 ) TPSS3K (F.1) JLD. 1 28 Januari 2010

Kepada : Penduduk-Penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3, Kajang

Tuan/Puan,

KEAHLIAN PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN DESA SERI JENARIS

Pertubuhan Khairat Kematian Desa Seri Jenaris.pada 31 Disember 09 telah mengadakan Mesyuarat Agung Ke 16 di Surau Jenaris, Kajang dan telah meluluskan permohonan Persatuan Penaja Penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3, Kajang bagi penduduk-penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3, Kajang ini menjadi ahli kepada pertubuhan ini. Mesyuarat tersebut juga telah melantik secara sah iaitu En Kamarulzaman bin Abdul Ghani (019-3507903) beralamat No.96 Jln Puncak Saujana 3/1E, Seksyen 3, Kajang sebagai AJK pertubuhan ini yang mewakili penduduk-penduduk taman ini.

Secara ringkasnya maklumat mengenai pertubuhan ini. Pertubuhan ini ditubuhkan bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawahnya di dalam bentuk kewangan sahaja kepada tanggungan-tanggungan ahli tersebut. Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:-

Yuran Pertaruhan : RM 10.00
Yuran Tahunan : RM 4.80
1 kematian akan dikutip : RM 2.00 (walaubagaimanapun, kutipan hanya akan dibuat selepas 6 kematian bersamaan RM 12.00)
Jumlah wang akan dibayar kepada Ahli : RM 600.00

Contoh :
Keahlian : Suami (Lelaki)
Orang yang layak ditanggung : Anak-anak (kurang 21 ke bawah), Anak OKU, Bapa, Ibu, Bapa Mertua, Ibu Mertua.

Pertubuhan ini bukan satu pertubuhan kebajikan bagi pengurusan jenazah. Ia hanyalah bantuan kewangan sahaja. Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku kematian, ahli atau penduduk perlulah memaklumkan kepada wakil taman ini atau AJK Sementara atau sekiranya wakil tidak dapat dihubungi sesiapa pada masa tersebut boleh memaklumkan kepada ke Surau Jenaris, Kajang. Bagi pengurusan jenazah, secara bersama-sama (sukarela) ahli-ahli atau penduduk-penduduk dengan AJK Pertubuhan menguruskan jenazah tersebut hingga pengebumian. Segala kos tersebut akan ditolak daripada jumlah bantuan iaitu RM 600.00. Tiada paksaan kepada penduduk-penduduk taman ini bagi menjadi ahli kepada pertubuhan ini, ianya hanyalah sekadar inisiatif AJK Sementara bagi meringankan beban penduduk-penduduk islam taman ini.

Sekian, terima kasih.

KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL LATIF
Pengerusi
Persatuan Penaja Taman Puncak Saujana, Seksyen 3, Kajang.

>borang khairat<

Tuesday, February 23, 2010

Kedai TPSKS3

Assalamualikum warga taman,
Seperti dimaklumkan sebelum ini, slot 'bussiness' akan diperkenalkan di dlm blog kita supaya dpt memeriahkan lg blog kita ini. Slot tersebut boleh di dapati di ruangan atas blog dgn muka surat bertajuk 'kedai TPSKS3'. Kpd usahawan2 sekelian, anda semua di jemput utk mengiklankan apa jua produk atau perkhidmatan selagi tidak melanggar undang2 negara Malaysia dan agama Islam. Semua link utk produk atau perkhidmatan tuan/puan sekalian bolehlah di email kpd tpsks3@gmail.com. Senarai produk dan perkhidmatan akan sy kategorikan dr masa ke semasa.
Selamat ber'business'.

Monday, February 1, 2010

Perhatian diperlukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga taman sekalian,

Senja td sempatlh saya menjenguk keluar ke halaman blkg rumah dr hujung ke hujung lorong setelah hampir seminggu tidak kesempatan masa. Antara perkara telah menarik perhatian saya adalh tangga2 yg digunakan oleh kontraktor binaan berselerak di blkg rumah. Ada diantara nya telah bersandar di tiang telefon dan ia lagilh mecurigakan saya. Perkara ini akan memberi peluang terbuka kpd pencuri2 yg ingin 'membersihkn' rumah kita. Tiang telefon mmg telah di sediakan 'step' dan ianya boleh digunakan utk memanjat ke bumbung yg berdekatan. Walaubagaimana pun 'Step' tersebut tidak akan dpt dicapai dgn senang oleh tangan kerana ia berkedudukan agak tinggi bg org asia seperti kita. Kalau tak silap saya kejadian pecah rumah sebelum ini pun ada menggunakan tangga yg telah tersedia di blkg rumah tmpt kejadian. Di harap bagi pihak tuan rumah yg masih melakukan kerja2 pengubahsuaian dpt mengambil berat ttg perkara ini. Jika tangga tersebut masih ingin digunakan silalh disimpan di dlm rumah, jika tidak elok dimusnahkan(dipatahkan) atau sebagainya supaya ia tidak dpt digunakan lg.
Harap maklum dan kerjasama dr semua warga tmn amatlah diharapkan.
TQ