Ruj No. : ( ) dlm PPTPSS3KS (F.1) JLD. 1
Tarikh : 28 Jun 2010
Kepada,
Semua Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3, Kajang, Selangor
Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
MAJLIS GOTONG ROYONG TAHUNAN DAN SOLAT HAJAT PENDUDUK-PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3, Kajang, Selangor akan mengadakan Majlis Gotong Royong Tahunan dan Solat Hajat di taman ini pada tarikh, masa dan tempat majlis tersebut seperti berikut:-
Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (majlis gotong royong) & 7.00mlm (Solat hajat)
Bertempat : Jln Puncak Saujana 3/2,Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor
3. Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bersama-sama memeriahkan ke dua-dua majlis ini. Bagi majlis gotong royong, Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dinasihati membawa peralatan-peralatan gotong royong sendiri. Contoh peralatan gotong royong seperti penyapu lidi, cangkul, parang, pongkes, penyodok longkang, mesin rumput, pencakar, tangga dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu. Majlis gotong royong ini akan dirasmikan oleh ADUN Kajang iaitu YB Cikgu Lee Kim Sin.
4. Bagi majlis solat hajat pula akan dimulai dengan solat maghrib terlebih dahulu dan diakhiri dengan tazkirah daripada Penceramah Jemputan daripada Jakim iaitu Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail. Pakaian bagi kedua-dua majlis ini adalah bersesuaian. Semoga dengan adanya majlis ini ianya dapat merapatkan hubungan semasa kita di dalam membentuk masyarakat yang saling bantu-membantu.
Sekian, terima kasih.
KAMARULZAMAN ABDUL GHANI
Pengerusi
Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3,
Kajang, Selangor
AGENDA MAJLIS
MAJLIS GOTONG ROYONG TAHUNAN DAN SOLAT HAJAT PENDUDUK-PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR
Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (Majlis gotong royong) & 7.00 mlm (Solat hajat)
Bertempat : Jln Puncak Saujana 3/2,Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor
SEBELAH PAGI
7.30 pagi Pendaftaran Ahli-Ahli
8.00 pagi Ucapan Pengerusi Majlis
8.10 pagi Bacaan Doa
8.15 pagi Ucapan aluan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 Kajang Selangor
8.20 pagi Ucapan Perasmian Oleh ADUN Kajang iaitu YB Cikgu Lee Kim Sin
8.30 pagi Pemberian Saguhati oleh Pengerusi kepada ADUN Kajang iaitu YB Cikgu Lee Kim Sin
8.35 pagi Minum Pagi
9.00 pagi Bermula Majlis Gotong Royong
- Pembahagian kepada Kumpulan
12.00 tgh Majlis Bersurai
SEBELAH MALAM
7.00 mlm Ketibaan Ahli-Ahli
7.30 mlm Solat Maghrib
7.45 mlm Solat Hajat
8.00 mlm Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail daripada JAKIM
8.40 mlm Pemberian Saguhati oleh Pengerusi kepada Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail
8.45 mlm Solat Isyak
9.00 mlm Jamuan Ringan / Majlis Bersurai
Wednesday, June 30, 2010
Tuesday, June 22, 2010
AKAUN PERSATUAN PENDUDUK PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3, KAJANG
Asslamualaikum warga taman semua.
Persatuan kita telah maju setapak lagi dalam langkah utk memantapkan lg sistem pengurusan keewangan dgn telah berjaya mendaftarkan akaun persatuan di Maybank.
Oleh itu warga tmn boleh membuat segala bayaran terus ke akaun ini. Butiran seperti berikut;
No acc Maybank: 5620-2160-5672
Nama didaftar : PERSATUAN PENDUDUK PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3, KAJANG
nota pd transaksi: (sila isikan seperti format seperti berikut)
YuranbulananJun10*nama&no rumah*
cth: YuranbulananJun10Bahari107
Sila pastikan dan isikan butiran diatas supaya rekod pembayaran anda semua sampai ke destinasinya sepatutnya.
Selepas transaksi siap, sila email "copy transaction" kpd bendahari utk rujukan bayaran. Email ke : zulchargeman@yahoo.com
Harap maklum

Saturday, May 22, 2010
Walimatul Urus
Warga taman ,
Pengerusi taman kita menjemput warga taman ke majlis perkahwinan anak beliau.
Pesanan dr beliau,
" Semoga dgn kehadiran dan doa restu hadirin sekalian akan menyerikan lg majlis kami dan diberkati Allah SWT. Terima kasih "
***klik utk kad jemputan***
Terima kasih

Tuesday, May 18, 2010
Perkhidmatan kawalan keselamatan dgn sistem jam kunci
Salam warga taman,
Berikut dimajukan surat mengenai perkara di atas untuk rujukan warga taman dr Pengerusi.
***klik utk view***
Sila ambil perhatian nota dr Pengerusi;
"Kerjasama penduduk supaya membuka lampu belakang setiap malam bagi memberi pencahayaan kepada pengawal keselamatan yg melalui lorong belakang"
Sekian

Sunday, April 18, 2010
Logo TPSKS3
Warga taman,
Seperti maklum, persatuan taman kita telah berjaya ditubuhkan dgn jayanya. Untuk melengkapkan lagi pertubuhan itu, satu logo mesti di buat utk digunakan sebagai letter head, sticker dan lain2 lagi. Dengan itu, Pengerusi taman kita mengalu-alukan sesiapa yg berkebolehan atau berminat utk menyumbang idea utk logo taman kita ini.Sedikit ganjaran mungkin akan di hadiahkan utk ini (bergantung kpd sumber keewangan semasa kita). Syarat2 biasa perlu diberi perhatian;
1. Rekaan logo hendaklah kemas dan menarik.
2. Kedua-dua moto dan logo hendaklah mudah difahami dan jelas maksudnya.
3. Memastikan logo, moto yang direka mestilah asli (hakcipta terpelihara), baru dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.
4. Moto boleh dibuat dalam dwi bahasa; Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Jika ada sebarang cetusan idea atau cadangan amatlh digalakkan, sila email tpsks3@gmail.com.
TQVM

Subscribe to:
Posts (Atom)