Tuesday, February 15, 2011

Ahli baru Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3

Warga taman,
Seperti yg kita maklum, pemilik Simfoni telah mula mendiami rumah masing2 beberapa bulan lepas. Kami AJK Persatuan  Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 mengucapkan tahniah dan selamat datang diucapkan. Walaubagaimana pun kami menumpang simpati kpd pemilik yg telah ditimpa kecelakaan pecah rumah dan kecurian. Perkara ini mmg sering berlaku semasa bg kawasan yg baru didiami. Oleh itu, pihak persatuan ingin menjemput Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik menyertai persatuan taman kita supaya jalan penyelesaian dpt ditemui seberapa segera. Borang ahli boleh didapati di blog ini dan boleh diserahkan kpd wakil blok yg telah dilantik pada AGM yg lepas.
Sertailh seramai yg mungkin dgn kadar segera bg mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku lagi. Secara khususnya, dgn adanya lebih ramai ahli, bayaran keselamatan yg dikenakan akan berkurangan, Insyaallah.
Semoga kita semua dpt bersama-sama menjaga keselamatan taman kita ini. Bertindak sebelum terlambat.

Monday, February 14, 2011

Etika ruangan chatting

Alhamdulillah, nampaknya rungan 'chat' kita telah kembali aktif. Oleh itu, inginlh admin ingatkan semula etika utk ruangan tersebut supaya keharmonian antara kita dpt dipelihara dan dikekalkan. Di harap semua 'chatter' dpt mematuhinya. Terima kasih.


Salam warga taman sekelian,
Chat box adalh salah satu cara yg berkesan dlm perhubungan 2 hala. Namun ia mestilah diikuti dgn etika yg betul menggunakannya supaya ia menguntungkan semua pihak.
Dalam chating ada beberapa aturan yang harus diperhatikan diantara nya :
1. Jangan menggunakan HURUF BESAR, karena anda dianggap sebagai teriakan.
2. Jangan input informasi yang tidak bermakna, seperti menekan enter berulang kali.
3. Jangan menggunakan kata – kata yang tidak senonoh (tidak sopan), karana hal ini membuat anda akan di tendang oleh admin
4. Jangan melayan teman chating menggunakan kata kasar atau tidak sopan.
5. Bertanggungjawab setiap kata2 yg ditulis.

Bagi chat box di laman blog kita, saya minta semua 'chatters' menggunakan standard yg sama iaitu nama dan diikuti no rumah. Nama tak semestinya nama betul tp hanya nama yg ingin org lain mengenali dirinya. Contohnya, bahari107, Yus105.
Penggunaan standard ini juga adalah utk melatih supaya kita lebih bertanggungjawab setiap baris yg di tulis dan jiran2 akan lebih mengenali siapa penulisnya.
Saya sedia menerima sebarang komen mengenai perkara ini dlm mencari jalan yg tebaik utk blog kita.

Sunday, February 13, 2011

Welome Simfoni

Selamat datang di ucapkan kpd kelompok Simfoni dr Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 dan penduduk kelompok Serindit dan Seroja. Semoga dgn adanya kelompok baru ini, di harap seksyen 3 akan menjadi lebih meriah di samping kita dpt menolong antara satu sama lain dlm semua perkara. Di harap bersama-samalh kita menjaga keharmonian taman yg telah kita di diami.ini

            " Selamat Datang Simfoni "

Monday, February 7, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 2 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR


 
Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 2 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Ingin dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke 2 Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 Kajang Selangor akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh              :           12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa               :           8.15 pagi
Tempat            :           Jalan Puncak Saujana 3/2,
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor

3.         Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat sebarang usul daripada ahli-ahli Persatuan boleh dikemukakan kepada Setiausaha Persatuan. Kehadiran dan kerjasama Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan di mesyuarat tersebut amatlah dihargai.

Sekian, harap maklum.



MOHD FARIZ AHMAD
Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana
Sekysen 3 Kajang Selangor







AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 2
PERSATUAN PENDUDUK
TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR


Tarikh              :           12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa               :           8.15 pagi
Tempat            :           Jalan Puncak Saujana 3/2,
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor
Pengerusi        :           Encik Kamarulzaman Abdul Ghani


Masa                                                   Perkara

8.15 pagi                     Pendaftaran ahli-ahli PPTPSS3KS

8.45 pagi                     Ucapan Aluan oleh Pengerusi PPTPSS3KS

9.00 pagi                     Mesyuarat Agung PPTPSS3KS dimulakan

                                    -           Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama

-           Pembentangan Laporan oleh Setiausaha

-           Pembentangan Laporan oleh Bendahari

                                    Pembubaran AJK PPTPSS3KS Tahun 2010

                                    Perlantikkan Pengerusi Sementara

-           Perlantikan AJK PPTPSS3KS 2011

Ucapan daripada Wakil AJK PPTPSS3KS 2011

-           Membincangkan usul daripada ahli

12.00 tgh                     Jamuan Ringan / Bersurai.



Friday, January 28, 2011

Jemputan Majlis Doa Selamat

Assalamualaikum,
Saya ingin memanjang permintaan En Kamari, rumah no 310A, menjemput semua warga Tmn Puncak Saujana Sek 3 ke rumah beliau bagi tujuan di atas.
Berikut disertakan butiran bg tujuan tersebut;

Tarikh : 29 Jan 2011 (Sabtu)
Masa : 7 mlm ( solat Maghrib berjemaah ), diikuti dgn doa selamat dan solat Isya'
Tempat : Kediaman En Kamari, No 310A

Semoga kita semua dpt memenuhi permintaan beliau dan semoga majlis berjalan lancar.