Friday, March 26, 2010

Takziah

Takziah kepada keluarga En Yusniman(No 105) kerana telah kehilangan bapanya pada pagi 26 Mac 2010.

Marilah bersama-sama kita menghadiahkan pahala Bacaan Al Fatihah dan mendoakan agar rohnya akan bersemadi aman dan ditempatkan oleh Allah SWT bersama roh orang orang yang beriman, para syuhada dan solihin. Insya Allah, AL-FATIHAH

Marilah ramai2 kita mendaftar Khairat kematian utk kepentingan bersama. Sila serahkan borang ke AJK secepat mungkin.

Harap maklum

Sunday, March 14, 2010

KAJISELIDIK BAGI PERMOHONAN MENERUSKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN YANG SEDIA ADA

( ) TPPSS3K(F.1) JLD.1


KEPADA : SEMUA PENDUDUK-PENDUDUK
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor 9hb Mac 2010


No. 184, Jalan Puncak Saujana 3/1D,
Taman Puncak Saujana, Seksyen3,
43000 Kajang, Selangor

Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

KAJISELIDIK BAGI PERMOHONAN MENERUSKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN YANG SEDIA ADA DI TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Ingin dimaklumkan bahawa perkhidmatan kawalan keselamatan yang disediakan oleh pemaju TPPT Sdn Bhd secara percuma selama tempoh setahun akan tamat pada akhir bulan April 2010. Bermakna bermula 1 Mei 2010, tiada lagi perkhidmatan kawalan keselamatan.

3. AJK Penaja telah berbincang pada 7 Mac 2010 dan mencapai kata sepakat supaya perkara ini dipanjangkan kepada penduduk-penduduk taman ini terlebih dahulu dengan membuat kajiselidik ke atas perkhidmatan ini. Kajiselidik ini bertujuan bagi mendapatkan maklumbalas penduduk-penduduk samada masih memerlukan perkhidmatan ini atau sebaliknya. Perlu di ambil perhatian bahawa sekiranya penduduk-penduduk ingin meneruskan perkhidmatan ini, ianya akan melibatkan bayaran bulanan ke atas syarikat kawalan keselamatan yang dilantik bagi menjaga taman ini.

4. AJK Penaja menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Kajang, sehingga kini telah berlaku 5 kejadian pecah rumah di taman ini sepanjang perkhidmatan kawalan keselamatan yang lama. Pihak IPD Kajang memaklumkan bahawa kekerapan jenayah ini bukan hanya berlaku di taman ini sahaja, malah taman-taman bersebelahan. Untuk makluman, bilangan rumah yang ada di taman ini adalah sebanyak 186 buah (Semi D dan Double Storey Terrace House). Daripada jumlah tersebut, dianggarkan hampir 90% buah rumah telah diduduki.

5. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasabaik Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk mengisi ruangan kajiselidik yang telah disediakan di bawah bagi maklumbalas perkhidmatan tersebut. Keputusan kajiselidik ini akan dimuat turun di dalam blogspot taman ini (http://tamanpuncaksaujanaseksyen3.blogspot.com). AJK Penaja akan menjalankan kajiselidik ini dari rumah ke rumah mulai tarikh di atas pada sebelah malam hari. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.


Khairul Anuar Abdul Latif
Pengerusi Penaja
Taman Puncak Saujana, Seksyen3
Kajang

Saturday, March 13, 2010

Keahlian penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3

Warga taman sekalian,
Sepeti makluman sebelum ini, sila isikan borang keahlian penduduk dan serahkan kpd AJK penaja selewat-lewatnya pada 25 Mac 2010. Sila sertakan juga duit sebanyak RM 40 bagi yuran masuk RM10 dan yuran bulanan RM 30. Sila download borang keahlian menggunakan link di bwh atau di ruangan borang2.
Harap maklum.

>Download borang keahlian<

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA (TAHUN 2010) PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR

( ) TPPSS3K(F.1) JLD.1


KEPADA : SEMUA PENDUDUK-PENDUDUK
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor 9hb Mac 2010


No. 184, Jalan Puncak Saujana 3/1D,
Taman Puncak Saujana, Seksyen3,
43000 Kajang, Selangor

Y. Bhg. Dato’/Datin /Tuan/Puan,

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA (TAHUN 2010) PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Syukur kita kehadrat Illahi pada 26hb Februari 2010, Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (ROS) telah meluluskan permohonan Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja bagi menubuhkan persatuan penduduk di taman ini. Oleh yang demikian, persatuan ini secara sahnya dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3, Kajang, Selangor dengan no. pendaftaran 0488-10-SEL. Lantaran daripada itu, AJK Penaja perlu dibubarkan dan Mesyuarat Agung Kali Pertama (Tahun 2010) akan diadakan bagi pemilihan AJK baru yang dilantik oleh ahli-ahli yang berdaftar di bawah persatuan ini.

3. AJK Penaja pada 7 Mac 2010 telah berbincang dan mencadangkan tarikh mesyuarat tersebut adalah pada 28 Mac 2010 (Ahad) jam 9.30 pagi bertempat di Jalan Puncak Saujana 3/2, Seksyen 3, Kajang. AJK Penaja juga ingin memohon jasabaik Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan dengan menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak minimum RM10.00 setiap rumah bagi penyediaan mesyuarat tersebut antaranya penyewaan khemah, kerusi dan meja, makanan dan minuman, kertas-kertas mesyuarat dan sebagainya.

4. Bayaran tersebut bolehlah diserahkan kepada ketua blok masing-masing atau berhubung terus kepada Bendahari. AJK Penaja juga akan mengadakan kutipan tersebut dari rumah ke rumah pada sebelah malam hari mulai tarikh di atas. Dilampirkan juga senarai AJK Penaja ini untuk rujukan.

Kerjasama dan keprihatinan Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.


Khairul Anuar Abdul Latif
Pengerusi Penaja,
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
Kajang.

Thursday, March 4, 2010

Takziah

Takziah kepada keluarga En Sulaiman(No 147) kerana telah kehilangan ibu dlm 3 hari lepas. Makluman dari AJK penaja, surat kematian telah diserahkan kpd pertubuhan khairat Desa Seri Jenaris bg pembayaran saguhati RM600.

Marilah bersama-sama kita menghadiahkan pahala Bacaan Al Fatihah dan mendoakan agar rohnya akan bersemadi aman dan ditempatkan oleh Allah SWT bersama roh orang orang yang beriman, para syuhada dan solihin. Insya Allah, AL-FATIHAH

Untuk makluman semua, jumlah ahli yg ada bg taman kita adalah seramai 37 org. Marilah ramai2 kita mendaftar utk kepentingan bersama. Sila serahkan borang ke AJK secepat mungkin.

Harap maklum