Friday, December 10, 2010

Aktiviti penangkapan anjing liar

Pada 1.12.2010 jam 9.00mlm pihak MPKJ bersama AJK dan Penduduk taman telah bersama2 menangkap anjing liar. Beberapa ekor telah berjaya ditangkap pada malam itu.
Pada 2.12.2010 sekali lagi pada jam 9.00 mlm, aktiviti di teruskan bagi menangkap saki-baki yg lain. Beberapa ekor juga telah berjaya ditangkap pada malam itu.
Jutaan terima kasih kepada En Jaafar (MPKJ dan pasukannya) serta penduduk yang terlibat pada malam itu. Aktiviti ini akan dilakukan lagi jika jumlah anjing liar bertambah semula utk kebaikan penduduk taman semua.
Berikut di sertakan gambar2 semasa malam tersebut;









 

Tuesday, November 23, 2010

JEMPUTAN SOLAT MAGHRIB, YASSIN DAN TAHLIL

Warga Taman,
Di panjangkan amanah dari En Nizam (312A) kpd ahli taman;
Dijemput semua ke rumah beliau pada;
Tarikh : 25 Nov 2010, Khamis
Waktu : 7pm

Untuk tujuan menunaikan solat Maghrib diikuti dgn bacaan Yassin dan tahlil. Semoga semua dapat hadir memenuhi permintaan beliau. Kaum ibu dijemput hadir selepas Isyak untuk jamuan.
Terima kasih.

Saturday, November 20, 2010

KEBAJIKAN AHLI

Warga taman sekalian,
Untuk makluman semua, mesyuarat jawatankuasa bil 6/2010 telah bersetuju untuk;
1. Bagi ahli yg menjadi mangsa jenayah kecurian di rumah (setelah mempunyai laporan polis) akan di bayar saguhati utk mengurangkan beban kpd ahli sebanyak RM100.
2. Manakala bagi ahli/anak kpd ahli yang sakit, ditahan wad dan bermalam sekurangnya semalam akan dibayar saguhati sebanyak RM30 setelah lawatan oleh AJK dibuat.

Sila maklumkan perkara yg berkaitan kepada AJK utk tindakan jika terlibat.
Terima kasih

Friday, November 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Ucapan dr Pengerusi;
"Saya selaku Pengerusi dan mewakili semua AJK Persatuan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga Taman Puncak Saujana Seksyen 3. Ingin diingatkan, sentiasalah berhati-hati dlm perjalanan pergi dan pulang berhari raya. Semoga kita semua senantiasa di lindungi oleh-Nya, Insyaallah. "

Saturday, October 30, 2010

Facebook

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Di minta kepada sesiapa yg ingin memohon utk join facebook taman, sila sertakan no rumah utk rujukan admin disebabkan group facebook ini hanya khas utk taman kita. Kekadang nama utk facebook berlainan dgn nama sebenar. Terima kasih atas kerjasama semua.