Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Saya mewakili Persatuan Penduduk ingin mengucapkan ;

"Selamat Hari Raya Aidil Adha"
"Maaf Zahir dan Batin"

Berhati2 semasa dalam perjalanan. Semoga warga taman selamat pergi dan balik.
TQ

Wednesday, November 25, 2009

Rumah untuk dijual, Taman Puncak Saujana Kajang

Massage dr Pn Liza,
"Saya n suami dpt bertukar ke trg, dan ingin menjual rmah kami no 123 Seksyen 3/1E. Mohon war-warkan jika ade yg berminat. Boleh hubungi Azar (012-9254846)@ Liza (019-2579278).Tq"

Friday, November 6, 2009

Berita tergempar

Warga Taman,
Semlm di maklumkan telah berlaku pecah rumah di no 176 dan 178. Berikut disertakan info dr Pengerusi Sementara @ Tok Batin;

"Semua warga Taman Puncak Saujana Seksyen 3 dinasihatkan agar memasang "clamp" pada grill rumah masing-masing. Ini kerana pencuri mudah untuk memecahkan grill yang tidak dipasang "clamp". "Clamp" ini boleh dibeli di kedai "hardware" dan "hypermarket". Satu kejadian pecah rumah telah berlaku pada 5 Nov 09 lebih kurang jam 3-5 ptg di rumah no 178 & 176. Berkemungkinan pencuri yang memecah masuk ke taman ini bukan melalui guard tetapi melalui kawasan pembinaan dan pencuri-pencuri ini ada beberapa kumpulan. Harap warga TPS lebih berwaspada. Tk."

TQ

Thursday, November 5, 2009

Update utk talian tetap dan Streamyx TM

Utk makluman, sehingga semlm saya telah dimaklumkan beberapa rumah sudah dpt di bekalkan dgn service talian tetap dan Streamyx TM. Catatan berikut berdasarkan kedudukan rumah berdekatan dgn DP (Distribution Point) di blkg rumah masing2. Berikut saya sertakan butirannya;

BLKG RMH NO.10/11 JLN SAUJANA 1/3 TMN PUNCAK SAUJANA

BLKG RMH NO.1/2 JLN SAUJANA 1/3 TMN PUNCAK SAUJANA

BLKG RMH NO.31/32 JALAN SAUJANA 1/2 TMN PUNCAK SAUJANA

BLKG RMH NO.31/33 JLN SAUJANA 1/3 TMN PUNCAK SAUJANA

BLKG RMH NO.27/28 JLN SAUJANA 1/3 TMN PUNCAK SAUJANA

Rumah yg berada di sekitar rumah2 berikut terus sama dpt menikmati service yg sama. Rumah2 yg lain akan menyusul tidak lama lagi. Seperti yg di maklumkan sebelum ini, jumlah port adalah terhad. Sila maklumkan kpd saya sesiapa yg berminat supaya dpt diedarkan borang2 yg berkaitan.
Arios

Ruang Perniagaan

Warga Taman Sekalian,
Seperti dimaklumkan sebelum ini, ruangan perniagaan akan dibuat berdasarkan kategori berikut;

1. Pakaian dan perhiasan
2. Elektrik dan Elektronik
3. Kecantikan dan penjagaan diri
4. Makanan dan minuman
5. Kenderaan
6. Perkhidmatan
7. Lain-lain

Sehingga kini saya ada menerima beberapa penyertaan, tetapi tidak disertakan laman blog/web persendirian utk rujukan pembeli. Utk makluman, sila sertakan laman blog/web kerana saya hanya akan membantu dgn membuat link ke laman blog/web tuan/puan shj utk mengelakkan blog kita sesak. Sebarang cadangan sentiasa di alu-alukan dlm menjadikan blog taman kita lebih aktif.
Arios

Monday, October 26, 2009

Gambar pada hari Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Ramah Mesra Penduduk

Warga taman sekalian,
Di sertakan link utk gambar2 pada majlis tersebut. Buat masa ni hanya gambar dr En Fariz baru diterima, banyak lagi gambar akan menyusul dr En Shahrul-no 114 (sukarela camera man kita pd mlm itu). Jutaan terima kasih kpd En Shahrul atas kesediaan tersebut, semoga dimurahkan rezeki 'sokmo' (selalu). Jika sesiapa yg ingin berkunjung ke blog En Shahrul, link juga telah disediakan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih yg tak terhingga kpd semua warga taman yg telah menjayakan majlis ini. Semoga sambutan seperti ini dpt diberikan pada acara yg akan datang.
Jika ada gambar yg ingin dikongsi bersama sila email kt saya di tpsks3@gmail.com.

>>klik sini utk gambar<<

Arios...

Tuesday, October 13, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009 & RAMAH MESRA PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA

Dengan rasa hormatnya dan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, sukacitanya mengundang Tuan/Puan ke majlis ini pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

TARIKH : 24HB OKT 2009 (SABTU)
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : JALAN HADAPAN RUMAH BERKEMBAR (SEMI-DETACH)
JALAN PUNCAK SAUJANA 3/2,

Sekiranya tuan/puan ingin menyumbang wang tunai, tenaga, makanan, peralatan dan sebagainya, sila maklum kepada Ketua Blok masing-masing atau berhubung terus dengan AJK Kebajikan seperti yang dinyatakan di bawah:-

AJK Kebajikan : En Zulkipli Che Ibrahim No.188 (012-6628643)

Ketua Blok D : En Mohd. Azani bin Salleh No. 154 (019-3006848)
Ketua Blok E : En Mohd. Norhizam bin Hashim No. 95 (013-3428058)
Ketua Blok F : En Mohamad bin Hj. Abu Adam No. 63 (019-3115706)
Ketua Blok G : En Ahmad Badri bin Hj. Abdullah No. 30 (019-4545433)

Sumbangan tuan/puan amat dialu-alukan.

(Nota : Pakaian Majlis - Baju Melayu / Baju Kurung)