Tuesday, March 6, 2012

Jadual Kuliah


JOM MENADAH KITAB / MENADAH TELINGA

Semua hadirin hadirat dijemput hadir ke Surau Taman Puncak Saujana.

Wednesday, February 29, 2012

Sticker Kenderaan

MAKLUMAN

Kepada penduduk seksyen 3. Bagi yang belum perolehi Sticker kenderaan bolehlah dapatkan melalui ketua blok masing-masing atau kaunter jualan sticker kenderaan telah dibuka di Pondok Pengawal A ( pintu masuk lorong G). Harga bagi setiap sticker adalah :

                                  1) Kereta : RM10.00 /pcs
                                  2) Moto   : RM 5.00 /pcs

Harap maklum

Sumbangan Surau

Salam 1 Malaysia,

Kesempatan ini ingin memaklumkan pada Penduduk Taman Puncak Saujana Kajang. Mohon sumbangan dan boleh disalurkan melalui akaun yang telah diberikan.

Harap maklum,
Terima kasih

Friday, February 10, 2012

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

  
Bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan 2012 Ahad ini, Persatuan telah menjemput Suruhanjaya Pilihanraya untuk membolehkan penduduk menyemak daftar pemilih atau menukar tempat mengundi, dan membuat pendaftaran sebagai pengundi.

Semoga dengan aktiviti ini, penduduk Taman kita dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di pilihanraya akan datang.

Sekian.

Thursday, February 2, 2012

Senarai nama dan kumpulan pemain kejohanan badminton beregu lelaki tertutup

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Warga Taman,

Lanjutan dari makluman kejohanan badminton sebelum ini, berikut disertakan senarai nama dan kumpulan pemain bagi yang terlibat sebagai rujukan dan tindakan.
Sila hubungi penganjur jika terdapat sebarang kemuskilan.
Harap maklum.


Sunday, January 15, 2012

Kejohanan badminton beregu lelaki tertutup taman Puncak Saujana Seksyen 3


Assalamualaikum dan salam sejahtera warga taman,

Berita baik kepada semua warga taman, persatuan akan mengadakan kejohanan badminton beregu lelaki tertutup taman Puncak Saujana Seksyen 3 buat kali pertama . Butiran kejohanan tersebut adalah seperti berikut;

Tarikh : 11 February 2012
Masa : 830 pagi
Tempat : Semenyih Badminton Centre, Jalan Semenyih, Selangor

Tarikh tutup penyertaan : 29 January 2012

Dipersilakan semua warga taman berentap di sana yang julung-julung kali diadakan. Ayoh, ambillah peluang ini untuk menyihatkan badan disamping mengeratkan lagi hubungan antara kita. Menang atau kalah adalah adat pertandingan tapi yang lebih penting adalah semangat kesukanan yang jitu.
Borang penyertaan dan syarat boleh di dapati di 'link' di bawah atau di ruangan borang-borang. Sebarang kemuskilan bolehlah hubungi :

1. En Zulkifli - 016-2268852
2. En Bahari - 013-3683872

Jom jumpa disana, belum cuba belum tahu. Terima kasih.

" Majulah sukan untuk taman puncak saujana seksyen 3 "

> klik untuk borang penyertaan dan syarat <

Saturday, January 14, 2012

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-3 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3, Kajang, Selangor kali ke-3 akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 12 Februari 2012 (Ahad)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Taman Puncak Saujana Seksyen 3

> klik sini untuk agenda <

Semua penduduk dijemput hadir ke Mesyuarat Agung yang diadakan. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan boleh mengemukakan sebarang usul yang hendak diutarakan dalam borang usul yang disediakan.Usul juga boleh dikemukakan didalam blog persatuan dengan menyertakan nama dan no. telefon. Usul tersebut hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 22hb Januari 2012(Ahad) kepada ketua blok masing-masing atau melalui setiausaha En. Fairul Azmi(No.307), atau pen. setiausaha En. Mohd Saberi(No.311B),atau Pengerusi En. Shaiful Nazri(No.28)

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan persatuan dalam pembentukan keharmonian taman.

Borang usul AGM ke-3

Friday, January 13, 2012

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-3, PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR


AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-3,
PERSATUAN PENDUDUK
TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR

Tarikh      :       12 Februari 2012 (Ahad)
                       Masa       :       8.15 pagi
Tempat    :      Surau Taman Puncak Saujana Seksyen 3, Jalan 3/1A,
Seksyen 3, 43000 Kajang, Selangor
Pengerusi :      En. Shaiful Nazri Abdul Jabbar


Masa                                                   Perkara

8.15 pagi                     Pendaftaran ahli-ahli PPTPSS3KS

                                    Bacaan Doa

8.45 pagi                     Ucapan Aluan oleh Pengerusi PPTPSS3KS

9.00 pagi                     Mesyuarat Agung PPTPSS3KS dimulakan

-                             Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Kedua

-                             Pembentangan Laporan oleh Setiausaha

-                             Pembentangan Laporan oleh Bendahari

-                             Membincangkan usul daripada ahli

Pembubaran AJK PPTPSS3KS Tahun 2011

Perlantikan Pengerusi Sementara

-                             Perlantikan AJK PPTPSS3KS 2012

Ucapan daripada Wakil AJK PPTPSS3KS 2012


12.00 tgh                     Jamuan Makan/Bersurai

Wednesday, January 4, 2012

Taska Tunas Bintang (No. 199, Jalan C)

Taska Tunas Bintang merupakan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak yang memberikan kemudahan kepada ibu bapa yang bekerja. Keselamatan dan keselesaan anak-anak anda adalah prioriti kami di Taska Tunas Bintang.


Bayaran Bil Perkhidmatan Bayaran(sebulan)
1 Pendaftaran RM 70
2 Bayi 2 bulan hingga 2 tahun RM 300
3 Kanak-kanak 2 hingga 4 tahun RM 280
4 Transit RM 150


Waktu operasi :
Isnin hingga Jumaat
7.00 am hingga 6.00 pm