Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3, Kajang, Selangor kali ke-3 akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 12 Februari 2012 (Ahad)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Taman Puncak Saujana Seksyen 3
> klik sini untuk agenda <
Semua penduduk dijemput hadir ke Mesyuarat Agung yang diadakan. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan boleh mengemukakan sebarang usul yang hendak diutarakan dalam borang usul yang disediakan.Usul juga boleh dikemukakan didalam blog persatuan dengan menyertakan nama dan no. telefon. Usul tersebut hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 22hb Januari 2012(Ahad) kepada ketua blok masing-masing atau melalui setiausaha En. Fairul Azmi(No.307), atau pen. setiausaha En. Mohd Saberi(No.311B),atau Pengerusi En. Shaiful Nazri(No.28)
Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan persatuan dalam pembentukan keharmonian taman.
harap AJK baru yg akan dilantik dapat turunkan harga bayaran bulanan bukan banyak buat janji je..
ReplyDelete