Monday, January 18, 2010

Berita tergempar

Warga taman sekalian,
Saya dimaklumkan oleh setiausaha dan penasihat yg telah berlaku kejadian pecah rumah pada hari ahad yg lepas. Nampaknya kejadian pecah rumah telah kembali ber'aksi' setelah agak lama menyepi. Oleh itu semoga warga taman sentiasa mengawasi keadaan sekeliling dan jika ada aktiviti yg disyaki mencurigakan silalah laporkan kpd pihak berkuasa. Pihak berkuasa tidak akan mengambil apa2 tindakan terhadap pelapor walaupun setelah disiasat tiada apa yg mencurigakan, selagi niat kita melaporkan hanya utk melindungi diri dan warga taman amnya.
Kepada tuan/puan/cik mangsa yg terlibat, kami rasa agak terkilan kerana tidak dpt membantu dan diharapkan dpt bersabar atas dugaan-Nya ini. Jika ada info yg hendak dikongsi bersama atau bantuan diperlukan bolehlh dimaklumkan kpd saya atau AJK yg lain. Kita sebagai warga taman akan membantu sedaya yg mungkin.
Harap maklum