Saturday, March 13, 2010

Keahlian penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3

Warga taman sekalian,
Sepeti makluman sebelum ini, sila isikan borang keahlian penduduk dan serahkan kpd AJK penaja selewat-lewatnya pada 25 Mac 2010. Sila sertakan juga duit sebanyak RM 40 bagi yuran masuk RM10 dan yuran bulanan RM 30. Sila download borang keahlian menggunakan link di bwh atau di ruangan borang2.
Harap maklum.

>Download borang keahlian<

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA (TAHUN 2010) PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR

( ) TPPSS3K(F.1) JLD.1


KEPADA : SEMUA PENDUDUK-PENDUDUK
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor 9hb Mac 2010


No. 184, Jalan Puncak Saujana 3/1D,
Taman Puncak Saujana, Seksyen3,
43000 Kajang, Selangor

Y. Bhg. Dato’/Datin /Tuan/Puan,

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA (TAHUN 2010) PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG, SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Syukur kita kehadrat Illahi pada 26hb Februari 2010, Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (ROS) telah meluluskan permohonan Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja bagi menubuhkan persatuan penduduk di taman ini. Oleh yang demikian, persatuan ini secara sahnya dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3, Kajang, Selangor dengan no. pendaftaran 0488-10-SEL. Lantaran daripada itu, AJK Penaja perlu dibubarkan dan Mesyuarat Agung Kali Pertama (Tahun 2010) akan diadakan bagi pemilihan AJK baru yang dilantik oleh ahli-ahli yang berdaftar di bawah persatuan ini.

3. AJK Penaja pada 7 Mac 2010 telah berbincang dan mencadangkan tarikh mesyuarat tersebut adalah pada 28 Mac 2010 (Ahad) jam 9.30 pagi bertempat di Jalan Puncak Saujana 3/2, Seksyen 3, Kajang. AJK Penaja juga ingin memohon jasabaik Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan dengan menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak minimum RM10.00 setiap rumah bagi penyediaan mesyuarat tersebut antaranya penyewaan khemah, kerusi dan meja, makanan dan minuman, kertas-kertas mesyuarat dan sebagainya.

4. Bayaran tersebut bolehlah diserahkan kepada ketua blok masing-masing atau berhubung terus kepada Bendahari. AJK Penaja juga akan mengadakan kutipan tersebut dari rumah ke rumah pada sebelah malam hari mulai tarikh di atas. Dilampirkan juga senarai AJK Penaja ini untuk rujukan.

Kerjasama dan keprihatinan Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.


Khairul Anuar Abdul Latif
Pengerusi Penaja,
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
Kajang.