Thursday, September 10, 2009

TM streamyx dan Talian tetap TM

Saudari/saudari sekalian,

Saya telah berhubung dgn pihak Access Development TM mengenai talian tetap dan Streamyx di kawasan taman kita. Apa yg saya dimaklumkan, kawasan kita memang sudah ada di dlm perancangan dan tindakan TM pada akhir tahun ini tapi semuanya bergantung kpd budget terkini TM. (Sebab itu kita boleh nampak tiang dan kabel sudah ditarik di belakang rumah). Cuma, untuk mempercepatkan lagi proses itu atau mengatasi masalah budget (TM) tersebut, saya dinasihatkan supaya mencari seberapa ramai pemohon utk kawasan taman kita supaya terdapat ramai 'waiting list' kt system. Jika terdapat ramai 'waiting list' perkara ini akan dapat di bangkitkan dan dipercepatkan.
Dengan itu, di sini saya sediakan sedikit info untuk;

TM Fixline
Deposit : RM 75 (kaunter TM point)
Setem duty : RM 10 (kaunter TM point)

Pastu boleh pilih;
1. Fixline biasa : RM 25 sebulan
2. Lets talk : bergantung kpd pakej (pakej dh termasuk sewa bulanan)

Click utk pakej Lets talk

TM Streamyx
Activation : RM 75 (msk 1st bill)
Installation : RM88 (msk 1st bill)
Setem duty : RM 10 (msk bill)

Pakej utk Streamyx boleh refer kt bawah;
Click utk pakej biasa Streamyx

Click utk pakej Streamyx Combo

Apa yg membezakan pakej biasa dan Combo adalah pakej Combo dh termsk sewa bulanan tetap (RM25), so lagi jimat. Bagi pelanggan baru pula boleh tambah hanya RM10 utk unlimited call (TM fixline to TM fixline).

Untuk itu, sila maklumkan kepada saya (email (tpsks3@gmail.com) atau post comment) supaya saya dapat edarkan borang utk diisi dan submit semula kpd saya. Bagi sesiapa yg ingin 'transfer' ke kawasan kita pon boleh berbuat demikian.
Bg yg pernah apply Streamyx, mungkin saudara/i pernah mendengar 'Port penuh', so kena que. Perkara yg sama mungkin terjadi sbb saya tak pasti berapa 'port' yg akan disediakan oleh TM. Oleh itu, 'first come first serve' terpaksa digunakan.

Terima kasih atas perhatian

Wednesday, September 9, 2009

Borang makluman cuti Hari Raya Puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yg saya maklumkan sebelum ini, sila download atau muatturun "Borang Penduduk Cuti Raya" menggunakan link di bawah. Isi borang tersebut samada di atas atau di bawah dan hantar kepada ketua blok masing2 secepat yg mungkin utk tindakan AJK.
Sebagai peringatan jangan masukkan borang itu kedalam peti pos kerana ia mungkin akan mendedahkan maklumat yg kita hantar.
Dengan keberkatan bulan Ramadhan yg penuh dgn rahmat, dapatlh kiranya membuat beberapa salinan utk diedarkan kepada jiran bersebelahan dgn rumah masing2. Ini akan mempercepatkan lagi proses pengedaran. Jika tidak, maklumkan alamat blog ini pun sudah memadai.

Link borang;
>>Download/muat turun borang<<

Ketua blok D : En Azmi No 154 (019-3006484)
Ketua blok E : En Norhizam No 95 (013-3428058)
Ketua blok F : En Mohamad No 63 (019-3115706)
Ketua blok G : En Badri No 30 (019-4545433)

Terima kasih

Rumah-Rumah Kita

 
Posted by Picasa

Tuesday, September 8, 2009

Makluman kematian

Assalamualaikum semua,
Saya di maklumkan, En Kamarul Aidi (No 140) telah kehilangan ayah beliau pada 6 Sept 2009.

Sudilah kiranya muslimin muslimat bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah sebagai sedekah abadi dan mendoakan agar rohnya bersemadi aman. Al-FATIHAH.

" Saat Kematian Itu Tidak Dilambatkan Maupun Dipercepatkan Walaupun Sesaat Sekali Pun"

Sekian. Terima kasih

Wassalam.


MESYUARAT PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA


MESYUARAT PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA,
SEKSYEN 3, 43000 KAJANG SELANGOR
BIL. 4/09

SATU PERJUMPAAN AKAN DIADAKAN PADA MASA, TARIKH
DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT
TARIKH : 13HB SEPTEMBER 2009 (AHAD)
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : NO. 138, JALAN PUNCAK SAUJANA 3/1E,
TAMAN PUNCAK SAUJANA, 43000 KAJANG

AGENDA MESYUARAT
<!--[if !supportLists]-->I. <!--[endif]-->Pengesahan minit mesyuarat.
<!--[if !supportLists]-->II. <!--[endif]-->Penangguhan sementara kerja-kerja pengubahsuaian rumah sebelum dan selepas cuti hari raya.
<!--[if !supportLists]-->III. <!--[endif]-->Borang penduduk bercuti raya untuk diserahkan kepada IPD Kajang
<!--[if !supportLists]-->IV. <!--[endif]-->Persetujuan penubuhan persatuan penduduk .
<!--[if !supportLists]-->V. <!--[endif]-->Kutipan wang bagi mengadakan majlis penduduk seperti majlis hari raya, khairat kematian dan sebagainya.
<!--[if !supportLists]-->VI. <!--[endif]-->Diwujudkan lampu jalan belakang rumah.
<!--[if !supportLists]-->VII. <!--[endif]-->Penambahan pegawal keselamatan pada cuti hari raya.
<!--[if !supportLists]-->VIII. <!--[endif]-->Memperketatkan kemasukan pelawat-pelawat luar.
<!--[if !supportLists]-->IX. <!--[endif]-->Mewujudkan jawatankuasa wanita bagi majlis kerohanian.
<!--[if !supportLists]-->X. <!--[endif]-->Laman sesawang taman ini.
(http://tamanpuncaksaujanaseksyen3.blogspot.com)

Monday, September 7, 2009

Perjumpaan AJK penduduk sementara - 6 Sept 2009

Pada 6 Sept 2009, satu perjumpaan AJK penduduk sementara telah diadakan di rumah Setiausaha kita iaitu En Fariz. Terima kasih En Fariz kerana telah berbesar hati menyediakan tempat perjumpaan pada kali ini. Perjumpaan kali ini adalah lanjutan daripada perjumpaan yang lepas dan perbincangan persediaan utk cuti Hari Raya Puasa yang akan menjelma tidak lama lagi. Disertakan beberapa perkara utk perhatian dan tindakan Tuan Puan semua;

1. Kejadian pecah rumah bertambah
2. Update cuti hari Raya kepada AJK blok sebagai rujukan Polis
3. Mendaftarkan persatuan penduduk
4. Meningkatkan keselamatan penduduk
5. Jawatankuasa Wanita diperlukan
6. Kutipan yuran utk menjalankan aktiviti penduduk
7. Aktiviti penduduk

Perkara2 berikut akan saya 'post' kan setiap satu supaya senang jika ada pandangan dan cadangan dari Tuan Puan semua.
Terima kasih