Thursday, September 10, 2009

TM streamyx dan Talian tetap TM

Saudari/saudari sekalian,

Saya telah berhubung dgn pihak Access Development TM mengenai talian tetap dan Streamyx di kawasan taman kita. Apa yg saya dimaklumkan, kawasan kita memang sudah ada di dlm perancangan dan tindakan TM pada akhir tahun ini tapi semuanya bergantung kpd budget terkini TM. (Sebab itu kita boleh nampak tiang dan kabel sudah ditarik di belakang rumah). Cuma, untuk mempercepatkan lagi proses itu atau mengatasi masalah budget (TM) tersebut, saya dinasihatkan supaya mencari seberapa ramai pemohon utk kawasan taman kita supaya terdapat ramai 'waiting list' kt system. Jika terdapat ramai 'waiting list' perkara ini akan dapat di bangkitkan dan dipercepatkan.
Dengan itu, di sini saya sediakan sedikit info untuk;

TM Fixline
Deposit : RM 75 (kaunter TM point)
Setem duty : RM 10 (kaunter TM point)

Pastu boleh pilih;
1. Fixline biasa : RM 25 sebulan
2. Lets talk : bergantung kpd pakej (pakej dh termasuk sewa bulanan)

Click utk pakej Lets talk

TM Streamyx
Activation : RM 75 (msk 1st bill)
Installation : RM88 (msk 1st bill)
Setem duty : RM 10 (msk bill)

Pakej utk Streamyx boleh refer kt bawah;
Click utk pakej biasa Streamyx

Click utk pakej Streamyx Combo

Apa yg membezakan pakej biasa dan Combo adalah pakej Combo dh termsk sewa bulanan tetap (RM25), so lagi jimat. Bagi pelanggan baru pula boleh tambah hanya RM10 utk unlimited call (TM fixline to TM fixline).

Untuk itu, sila maklumkan kepada saya (email (tpsks3@gmail.com) atau post comment) supaya saya dapat edarkan borang utk diisi dan submit semula kpd saya. Bagi sesiapa yg ingin 'transfer' ke kawasan kita pon boleh berbuat demikian.
Bg yg pernah apply Streamyx, mungkin saudara/i pernah mendengar 'Port penuh', so kena que. Perkara yg sama mungkin terjadi sbb saya tak pasti berapa 'port' yg akan disediakan oleh TM. Oleh itu, 'first come first serve' terpaksa digunakan.

Terima kasih atas perhatian

13 comments:

  1. streamyx ada hidden chagers.. and terlalu mahal..

    ReplyDelete
  2. Saya rasa ISP yg lain pon sama sahaja kalau kita tak faham syarat2 yg diberikan. Cuma kalau takut ada hidden charge, kenalh baca dan faham syarat2 nya, pasti tak terkena. ;)

    ReplyDelete
  3. cuba tgk pakej combo n biasa. Pakej biasa streamyx lebih murah tp fix line tetap kena bayar..
    pakej Combo mahal tp x perlu bayar fix line. tp harga tgk lebih kurang je.. n tmnet play with download speed kat situ..

    ReplyDelete
  4. En Anonymous perlu tgk apa yg diberikan. Kelebihan combo modem wireless disediakan, sudah tentu lebih menjimatkan. Pilih lh yg mana kita mahu, sebab itu pilihan di berikan. Manusia sukakan pilihan walaupun pd akhirnya lebih kurang sama. Tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete
  5. Saya berharap ramai lagi yang akan register dengan segera. sejak saya masuk rumah 28 Mei 2009, saya rasa tak selesa selagi tiada stremyx line dan fixline ni. sebabnya saya banyak menggunakan kemudahan ini untuk kelab saya.

    sekarang ni disebabkan tak masuk line lagi, saya terpaksa menggunakan celcom broardband. tu pun slow tak setanding streamyx.

    harapan saya agar, semua penduduk Puncak Saujana Seksyen 3 ni ramai-ramailah daftar fixline ni dengan segera agar kita dapat merasakan kemudahan tersebut.

    salam

    ReplyDelete
  6. Streamyx ni laju & stabil tp nak tunggu tu la tak sanggup.kalu hujung tahun rasa lambat la pulak bro.P1Wimax ada coverage ke kawasan kita?kalu ada rasa ia lebih laju dari mobile broadband

    ReplyDelete
  7. azar123, kami mmg duk tggu streamyx ni juga. buat sementara ni, kami guna P1Wimax. coverage ok sgt2 klu duk tingkat atas. klu tgkt bawah..sgt2 poor lah signalnya..

    ReplyDelete
  8. Setuju, saya pon guna Celcom broadband, dpt 2, 3 bar je. Ok, kalu gitu saya akan paskan borang streamyx kt dlm peti pos. Dh ready bg kat saya (107), yg penting bg satu copy IC.
    Yong ibu chem brape no rumah?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. ada sesapa yg guna Maxis Broadband tak? cerita sikit stability speed die mcm.

    ReplyDelete
  11. saya pakai celcom broadband...signal paling power kalau duduk dkt tingkat atas mengadap kearah sama dengan astro...full bar..kalau dkt bawah memang la dapat 1 or 2 bar aja...

    ReplyDelete
  12. Saya dah register Streamyx kat giant prima saujana. Lama dah. Harap2 boleh dipercepatkan.

    ReplyDelete
  13. Saya bru guna P1Wimax, mmg ok sgt2 lbih dr celcom broadband lagi. Atas @ bwah cantek je signal dia. Satu lg stabil

    ReplyDelete