Assalamualaikum warga taman sekalian,
Alhamdulillah, rasanya semua atau hampir semua warga telah selamat kembali dan telah mula bekerja selepas sambutan hari raya. Dalam waktu itu juga rasanya tiada perkara yg tidak diingini berlaku di taman kita sepanjang pengetahuan saya. Terima kasih kepada semua yg bersama2 menjaga taman kita ini.
Oleh itu, sebagai 'Friendly reminder' atau bahasa melayu nya peringatan kekawan, kepada sesiapa yg terlupa membuat bayaran tambahan (RM10) sebelum hari raya tempohhari supaya dapat menunaikannya secepat mungkin. Ini kerana pihak pengawal telah memohon bayaran utk perkhidmatan tersebut.
Sebagai memudahkan warga taman sekalian, pihak AJK yg berkaitan dgn sukarelanya akan membuat kutipan dari rumah ke rumah mulai malam ini, terima kasih kpd pihak AJK kerana usaha tersebut.
Di harap warga taman dpt memberikan kerjasama sepenuhnya.
Thursday, October 1, 2009
Monday, September 28, 2009
Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka dan Kenduri Kesyukuran Masuk Rumah
Jemputan Ke-5
Saya dengan sukacitanya ingin menjemput semua warga Taman Puncak Saujana untuk sama-sama memeriahkan open house raya dan house warming di :
Tempat : No. 81 jln 3/1F
Tarikh : 17 okt 2009
Waktu : 1.00 ptg - 7.00 mlm.
Engku Iskandar & Noor Aznita
Jemputan Ke-4
Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka En Shahir (108).
Warga Taman Puncak Saujana Seksyen 3 dan keluarga dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka kami yang akan diadakan pada:-
Jam : 1tgh hingga 5ptg
Tarikh: 10.10.09
Alamat: No 108, Jalan 3/1E.
Terima kasih.
Jemputan Ketiga
Jemputan Majlis Rumah Terbuka & Kesyukuran Masuk Rumah.
Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Dikesempatan ini kami sekeluarga menjemput seluruh warga Taman Puncak Saujana Seksyen 3 serta keluarga untuk bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri serta kenduri kesyukuran masuk rumah. Majlis akan diadakan pada :
Tarikh : Ahad (11hb Oktober 2009)
Waktu : 12.00 tgh. hingga 4.00 ptg
Tempat : No. 194, Jalan 3/1D.
Drpd : Zainudin & Aminah.
Jemputan Kedua
"Saya dan isteri mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir dan Batin.Dikesempatan ini kami sekeluarga menjemput seluruh warga Taman Puncak Saujana Seksyen 3 serta keluarga untuk bersama-sama meraikan Hari Raya Eidulfitri serta kenduri kesyukuran masuk rumah. Kedua-dua majlis akan diadakan pada :
Tarikh : 17hb Oktober 2009
Waktu : 12.00 tgh. hingga 3.00 ptg
Di alamat No. 142, Jalan 3/1E.
Tarikh : 17hb Oktober 2009
Waktu : 12.00 tgh. hingga 3.00 ptg
Di alamat No. 142, Jalan 3/1E.
drpd : Mohd Fadhil & Diana Adawiah
Jemputan Pertama
"Saya dan isteri mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Dikesempatan ini kami sekeluarga menjemput seluruh warga Taman Puncak Saujana Seksyen 3 serta keluarga untuk bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri serta kenduri kesyukuran masuk rumah. Kedua-dua majlis akan diadakan pada 4hb Oktober 2009 (Ahad) jam 12.00 tgh. hingga 3.00 ptg. di alamat No. 184, Jalan 3/1D.
Daripada : Khairul Anuar & Sharizah
Jika ada warga taman yg ingin mewar-warkan majlis seperti ini, sila email ke TPSKS3@gmail.com atau post comment di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)