Thursday, February 17, 2011

Jemputan majlis akad nikah

Assalamualaikum,
Saya ingin memanjang permintaan En Kamari, rumah no 310A, menjemput semua warga Tmn Puncak Saujana Sek 3 ke rumah beliau bagi tujuan di atas.
Berikut disertakan butiran bg tujuan tersebut;

Tarikh : 17 Feb 2011 (Khamis)
Masa : 900 mlm
Tempat : Kediaman En Kamari, No 310A

Semoga kita semua dpt memenuhi permintaan beliau dan semoga majlis berjalan lancar.

Bayaran yuran secara online di bekukan sementara


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Seperti sedia maklum, AJK yg baru telah di lantik pada AGM yg lepas dan akan berkuatkuasa pada 1Mac 2011. Oleh itu bayaran yuran secara online akan dibekukan sehingga akan diberitahu kelak dalam persediaan kemaskini akaun yg akan diserahkan kpd AJK yg baru. Walaupun bayaran secara online dibekukan, warga taman masih boleh membuat bayaran secara manual iaitu kpd AJK yg telah di lantik. Senarai AJK yg baru akan di paparkan selepas mensyuarat pertama di adakan. Di harap perkara ini mendapat kerjasama dr warga taman sekalian.
Sekian

Status kritikal utk bayaran yuran bulanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ingin dimaklumkan kadar kutipan yuran bulanan akhir-akhir ini amat mendukacitakan dimana baki semasa akaun kita tidak dpt menjelaskan bayaran kawalan keselamatan bagi bulan Januari dan Februari 2011. Pada AGM yg lepas telah dimaklumkan baki akaun yg telah berakhir pada 31 Dec 2010, masih berbaki RM8819.37. Tetapi baki ini masih belum di tolak utk bayaran kawalan keselamatan utk bulan Disember, Januari, Februari dan kos AGM. Oleh demikian itu, wajarlh kita semua memainkan peranan yg telah menjadi tanggungjawab yg telah kita pikul bersama utk menjaga keharmoninan taman yg kita diami ini.
Adakah perlu rumah kita di pecah masuk terlebih dahulu dan barulh kita sedar betapa pentingnya kawalan keselamatan ini.
Dengan itu kami memohon warga taman semua menghulurkan bantuan dgn membayar paling tidak utk satu bulan walaupun masih ada beberapa bulan yg tertunggak. Di harap bayaran tersebut dpt dibayar dlm tempoh terdekat ini. Terima kasih juga kpd warga taman yg telah membuat bayaran.
Kami percaya semua warga taman terdiri drpd golongan bijak pandai yg boleh menilai sesuatu yg baik atau buruk. Buatlah keputusan dimana bukan kepentingan diri di utamakan. Sudah sampai masanya hidup bermasyarakat diberi keutamaan dan ingatlah, kitalah contoh kpd generasi yg akan datang iaitu anak-anak kita.
Sekian

Wednesday, February 16, 2011

Group baru facebook "Tmn Puncak Saujana SecThree"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yg dimaklumkan seblm ini, group facebook yg sedia ada akan digantikan dgn group baru dlm usaha menambah baikan penyebaran maklumat. Group tersebut boleh di cari dgn menggunakan carian ' Tmn Puncak Saujana SecThree ' atau email tpsks3@gmail.com. Group yg sediaada akan di tutup sepenuhnya pada 1 Mac 2011 dan diteruskan dgn group yg baru.
Oleh itu, semua warga taman di jemput menyertai group ini supaya kita saling mengenali antara satu sama lain disamping sebagai medium penyebaran maklumat utk tmn kita. Ingin saya ingatkan, group ini adalah ' group terhad ' di mana hanya dibuka utk warga tmn kita shj. Oleh itu sila maklumkan nama rumah apabila memohon utk menyertai group ini.
Sekian

Tuesday, February 15, 2011

Ahli baru Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3

Warga taman,
Seperti yg kita maklum, pemilik Simfoni telah mula mendiami rumah masing2 beberapa bulan lepas. Kami AJK Persatuan  Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 mengucapkan tahniah dan selamat datang diucapkan. Walaubagaimana pun kami menumpang simpati kpd pemilik yg telah ditimpa kecelakaan pecah rumah dan kecurian. Perkara ini mmg sering berlaku semasa bg kawasan yg baru didiami. Oleh itu, pihak persatuan ingin menjemput Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik menyertai persatuan taman kita supaya jalan penyelesaian dpt ditemui seberapa segera. Borang ahli boleh didapati di blog ini dan boleh diserahkan kpd wakil blok yg telah dilantik pada AGM yg lepas.
Sertailh seramai yg mungkin dgn kadar segera bg mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku lagi. Secara khususnya, dgn adanya lebih ramai ahli, bayaran keselamatan yg dikenakan akan berkurangan, Insyaallah.
Semoga kita semua dpt bersama-sama menjaga keselamatan taman kita ini. Bertindak sebelum terlambat.

Monday, February 14, 2011

Etika ruangan chatting

Alhamdulillah, nampaknya rungan 'chat' kita telah kembali aktif. Oleh itu, inginlh admin ingatkan semula etika utk ruangan tersebut supaya keharmonian antara kita dpt dipelihara dan dikekalkan. Di harap semua 'chatter' dpt mematuhinya. Terima kasih.


Salam warga taman sekelian,
Chat box adalh salah satu cara yg berkesan dlm perhubungan 2 hala. Namun ia mestilah diikuti dgn etika yg betul menggunakannya supaya ia menguntungkan semua pihak.
Dalam chating ada beberapa aturan yang harus diperhatikan diantara nya :
1. Jangan menggunakan HURUF BESAR, karena anda dianggap sebagai teriakan.
2. Jangan input informasi yang tidak bermakna, seperti menekan enter berulang kali.
3. Jangan menggunakan kata – kata yang tidak senonoh (tidak sopan), karana hal ini membuat anda akan di tendang oleh admin
4. Jangan melayan teman chating menggunakan kata kasar atau tidak sopan.
5. Bertanggungjawab setiap kata2 yg ditulis.

Bagi chat box di laman blog kita, saya minta semua 'chatters' menggunakan standard yg sama iaitu nama dan diikuti no rumah. Nama tak semestinya nama betul tp hanya nama yg ingin org lain mengenali dirinya. Contohnya, bahari107, Yus105.
Penggunaan standard ini juga adalah utk melatih supaya kita lebih bertanggungjawab setiap baris yg di tulis dan jiran2 akan lebih mengenali siapa penulisnya.
Saya sedia menerima sebarang komen mengenai perkara ini dlm mencari jalan yg tebaik utk blog kita.

Sunday, February 13, 2011

Welome Simfoni

Selamat datang di ucapkan kpd kelompok Simfoni dr Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 dan penduduk kelompok Serindit dan Seroja. Semoga dgn adanya kelompok baru ini, di harap seksyen 3 akan menjadi lebih meriah di samping kita dpt menolong antara satu sama lain dlm semua perkara. Di harap bersama-samalh kita menjaga keharmonian taman yg telah kita di diami.ini

            " Selamat Datang Simfoni "