Thursday, February 17, 2011

Status kritikal utk bayaran yuran bulanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ingin dimaklumkan kadar kutipan yuran bulanan akhir-akhir ini amat mendukacitakan dimana baki semasa akaun kita tidak dpt menjelaskan bayaran kawalan keselamatan bagi bulan Januari dan Februari 2011. Pada AGM yg lepas telah dimaklumkan baki akaun yg telah berakhir pada 31 Dec 2010, masih berbaki RM8819.37. Tetapi baki ini masih belum di tolak utk bayaran kawalan keselamatan utk bulan Disember, Januari, Februari dan kos AGM. Oleh demikian itu, wajarlh kita semua memainkan peranan yg telah menjadi tanggungjawab yg telah kita pikul bersama utk menjaga keharmoninan taman yg kita diami ini.
Adakah perlu rumah kita di pecah masuk terlebih dahulu dan barulh kita sedar betapa pentingnya kawalan keselamatan ini.
Dengan itu kami memohon warga taman semua menghulurkan bantuan dgn membayar paling tidak utk satu bulan walaupun masih ada beberapa bulan yg tertunggak. Di harap bayaran tersebut dpt dibayar dlm tempoh terdekat ini. Terima kasih juga kpd warga taman yg telah membuat bayaran.
Kami percaya semua warga taman terdiri drpd golongan bijak pandai yg boleh menilai sesuatu yg baik atau buruk. Buatlah keputusan dimana bukan kepentingan diri di utamakan. Sudah sampai masanya hidup bermasyarakat diberi keutamaan dan ingatlah, kitalah contoh kpd generasi yg akan datang iaitu anak-anak kita.
Sekian

No comments:

Post a Comment