Friday, January 15, 2010

Etika chatting

Salam warga taman sekelian,
Chat box adalh salah satu cara yg berkesan dlm perhubungan 2 hala. Namun ia mestilah diikuti dgn etika yg betul menggunakannya supaya ia menguntungkan semua pihak.

Dalam chating ada beberapa aturan yang harus diperhatikan diantara nya :

1. Jangan menggunakan HURUF BESAR, karena anda dianggap sebagai teriakan.

2. Jangan input informasi yang tidak bermakna, seperti menekan enter berulang kali.

3. Jangan menggunakan kata – kata yang tidak senonoh (tidak sopan), karena hal ini membuat anda akan di tendang oleh operator channel tersebut

4. Jangan melayan teman chating menggunakan kata kasar atau tidak sopan

5. Bertanggungjawab setiap kata2 yg ditulis

Bagi chat box di laman blog kita, saya minta semua 'chatters' menggunakan standard yg sama iaitu nama dan diikuti no rumah. Nama tak semestinya nama betul tp hanya nama yg ingin org lain mengenali dirinya. Contohnya, bahari107, Yus105.
Penggunaan standard ini juga adalah utk melatih supaya kita lebih bertanggungjawab setiap baris yg di tulis dan jiran2 akan lebih mengenali siapa penulisnya.
Saya sedia menerima sebarang komen mengenai perkara ini dlm mencari jalan yg tebaik utk blog kita.

Aktiviti Semasa

Dimaklumkan kpd warga taman sekalian,
Dalam minggu ini terdapat beberapa aktiviti yg telah berlaku samaada warga taman sedar atau tidak. Antaranya;

1. Semburan utk nyamuk aedes oleh Jabatan Kesihatan, 12 Jan
2. Penangkapan anjing oleh MPKJ, 13-14 Jan
3. Menghantar borang daftar persatuan taman di ROS Shah Alam oleh Pengerusi dan Setiausaha sementara taman, 14 Jan

Beberapa aktiviti yg lain akan menyusul selepas ini. Terima kasih kpd semua warga taman yg terlibat.

>Klik sini utk gambar aktiviti penangkapan<

Thursday, January 14, 2010

Group Face Book utk taman kita

Warga taman,
Dgn mengikuti era terkini, satu group telah dibuat di laman Facebook dgn nama Taman Puncak Saujana Kajang Seksyen 3. Warga taman boleh mencari di bahagian 'group' dan 'request' utk join. Saya akan 'approve' kan hanya utk warga taman sahaja. Group ini juga adalah berstatus 'closed'. Hanya member group shj dpt melihatnya. Di harap kita semua dpt menggunakan FB ini utk mengenali antara satu sama lain dlm kejiranan kita.
Harap maklum, selamat mencuba.

>Klik sini utk login atau create Facebook<

Tuesday, January 12, 2010

Skim Wakaf Surau Jenaris

Assalamualaikum warga taman,
Petikan dari edaran surau,
Muslimin dan Muslimat sekalian,
Surau Sri Jenaris telah memperkenalkan skim wakaf surau Jenaris dalam usaha untuk melakukan kerja2 pembesaran dan pengubahsuaian bangunan surau bagi menampung jemaah pada solat Jumaat dan Terawikh.
Anggaran perbelanjaan keseluruhan adalah RM80,000.00

Untuk memberi peluang kepada muslimin dan muslimat dalam melibatkan diri untuk perkara di atas demi mengahrapkan keredaan dan ganjaran berterusan dari Allah S.W.T. Pihak surau mempelawa muslimin dan muslimat untuk turut serta memberi sumbangan dalam bentuk wakaf. 1 bahagian adalah dengan harga RM20.00.


>Klik sini untuk borang<

Borang dan duit boleh diserah kepada AJK Sementara Taman.