Friday, July 30, 2010

Kejadian pecah rumah terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semlm AJK dimaklumkan telah terdapat 4 kejadian pecah rumah di kejiranan taman kita ( depan playground ) sehingga yg terkini adalah lebih kurang tghhari semlm. Kejadian ini amatlh dirisaukan yg mana lokasinya hanya besebelahan shj dgn tmn kita. Kali ini bukan setakat kehilangan biasa, malah kereta turut dilarikan sehingga ke jalan besar. Jika dilihat dr segi perbezaannya, lokasi tmn tersebut adalah lebih selamat kerana begitu hampir dgn jln besar bebanding dgn tmn kita di pinggir hutan, cuma bezanya tiada kawalan keselamatan berbanding kita. Di harap dgn adanya kawalan keselamata di tmn kita ini, mudah-mudahan di jauhi dr perkara sebegini. Mencegah lebih baik dr merawat. Di harap warga taman sentiasa berhati2 dan sentiasa memberi kerjasama kpd security guard kita yg telah kita lantik utk bersama-sama menjaga taman kita.
TQ

Pelekat motor

Warga Taman,
Di maklumkan pelekat motor sudah boleh diperolehi dr ketua2 blok masing2. Sila dptkan dgn kadar segera dgn harga RM 3 shj. Dptkan sebelum penguatkuasaan utk motor di mulakan.
TQ

Wednesday, July 28, 2010

Update gambar2 semasa gotong-royong

Warga taman,
Ini ada update utk gambar semasa gotong-royong.

*Klik sini utk tgk*

TQ