Friday, July 30, 2010

Kejadian pecah rumah terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semlm AJK dimaklumkan telah terdapat 4 kejadian pecah rumah di kejiranan taman kita ( depan playground ) sehingga yg terkini adalah lebih kurang tghhari semlm. Kejadian ini amatlh dirisaukan yg mana lokasinya hanya besebelahan shj dgn tmn kita. Kali ini bukan setakat kehilangan biasa, malah kereta turut dilarikan sehingga ke jalan besar. Jika dilihat dr segi perbezaannya, lokasi tmn tersebut adalah lebih selamat kerana begitu hampir dgn jln besar bebanding dgn tmn kita di pinggir hutan, cuma bezanya tiada kawalan keselamatan berbanding kita. Di harap dgn adanya kawalan keselamata di tmn kita ini, mudah-mudahan di jauhi dr perkara sebegini. Mencegah lebih baik dr merawat. Di harap warga taman sentiasa berhati2 dan sentiasa memberi kerjasama kpd security guard kita yg telah kita lantik utk bersama-sama menjaga taman kita.
TQ

3 comments:

  1. Semalam AJK telah membuat rondaan secara sukarela di taman sebelah. kami dapati kereta proton saga yg dicuri kemik dilanggar oleh penyamun. Guard yg dilantik dapat memastikan kenderaan keluar masuk. tq pak guard

    ReplyDelete
  2. sejak akhir akhir ini, saya dapati tiada guard di pintu masuk kawasan taman kita. Pondok guard juga gelap (waktu pagi)dan tiada guard yang mengawasi. Saya dapati perkara ini sering berlaku (berulang kali) antara 6.30-6.45 pg dan 6.00-6.30 petang.
    Sering kali saya lalu pada waktu ini dan tiada guard dan pondok guard juga gelap (waktu pg & malam). Jadi saya berpendapat mungkin di waktu ini guard bertukar shiff dan rakannya lewat lantas guard terbabit meninggalkan kawasan taman kita begitu aja. Andai kata guard membuat rondaan, adalah tidak wajar meninggalkan pondok guard (pintu masuk) begitu sahaja tanpa kawalan dengan pagar yang terbuka.
    Kecuaian ini perlulah diambil berat memandangkan hari raya bakal menjelma dan kita semua bakal bercuti panjang. Andai perkara ini dibiarkan berlarutan, saya bimbang kawalan keselamatan kita berada dalam keadaan yang tidak selamat lagi.

    Saya minta AJK mengambil perhatian perkara ini demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    terima kasih dengan keperihatinan tuan@puan mengenai masalah pegawal keselamatan.
    untuk makluman tuan@puan, awal bulan ini pihak Persatuan sedang menyelesaikan masalah mengenai pengawal keselamatan dan syarikat kawalan keselamatan. Persatuan telah mengutarakan masalah ini kepada pihak syarikat mengenai etika pengawal yang sering datang lewat dan tidak hadir bertugas tanpa di maklumkan kepada Persatuan sehinggakan Pengerusi atau AJK terpaksa menjadi pengawal keselamatan sementara disebabkan perkara ini. AJK juga telah banyak memberi maaf kepada segelintir pengawal keselamatan yang bermasalah ini. Walaubagaimanapun, kejadian terbabit masih juga berulang. Pihak syarikat telah dihubungi, namun juga gagal memberi komitmen mengenai apa yg diutarakan oleh Persatuan.
    Oleh yang demikian, pihak Persatuan telah mengambil keputusan dengan menamatkan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan berkenaan mulai semalam (9.8.2010).
    Dan berkuatkuasa semalam juga, syarikat pengawal keselamatan yang baru telah mengambil alih kawalan keselamatan di taman ini.
    Kami cuba memberikan komitmen yg termampu kepada taman ini. Kami juga berharap semua AJK dan penduduk dapat menikmati bulan ramadhan dengan penuh berkat dan ketenangan. Kami juga harapkan semua penduduk dapat menikmati syawal dengan aman dan ceria.
    Selamat menyambut ramadhan.
    Setiausaha

    ReplyDelete