Wednesday, September 16, 2009

Pelekat kenderaan

Warga Tmn Puncak Saujana Sek3 sekalian,
Utk meningkatkan lg keselamatan taman kita, penggunaan pelekat kenderaan akan di gunakan. Ketiadaan pelekat kenderan akan melalui proses2 keselamatan oleh pengawal. Bg melaksakannya, kita kena pastikan semua warga mempunyai pelekat yg mencukupi. Utk itu pihak AJK akan berjumpa dgn pihak pemaju utk berbincang mengenai perkara ini.
Sebelum itu, jika ada warga yg memerlukan pelekat kenderaan sila maklumkan kepada ketua blok masing2 atau postkan comment di sini. Sila nyatakan nama, no rumah dan jumlah yg diperlukan.
Harap maklum.

Tambahan khas pengawal utk Hari Raya

Warga Tmn Puncak Suajana Sek3 sekalian,
Seperti maklum dlm perjumpaan pd 13 Sept, pengerusi telah memaklumkan pihak AJK akan berbincang dgn pihak security utk penambahan 2 org pengawal pada 2 hari sebelum raya dan 5 hari selepas hari raya utk meningkatkan keselamatan pada waktu tersebut. Pengagihannya adlah seorang siang dan seorang mlm.Semasa perbincangan, pihak security memaklumkan perkhidmatan ini tidak dpt diberikan secara percuma tetapi meminta tambahan utk staff terbabit. Bayaran yg dikenakan adalah seperti berikut;

RM 3.60 sejam x 24 jam x 7 hari = RM604.80
Kutipan utk sebuah rumah = RM10

Selepas jumlah ini dibahagikan dgn penduduk, kutipan utk sebuah rumah hanya RM10 shj, iaitu RM1.43 sehari. Kadar ini amatlh perpatutan jika di bandingkan dgn keselamatan harta benda kita semua.
Bayaran boleh di buat melalui ketua blok masing2 ataupun terus ke bendahari. Manual rekod akan dibuat memandangkan cop utk resit masih belum diterima. Setelah diterima, resit akan diagihkan.
Harap maklum

Monday, September 14, 2009

Ruang Perniagaan

Berita gembira utk Usahawan sekalian. Seperti yg dimaklumkan pada mensyuarat yg lepas, sesiapa yg ingin mempromosikan/menjual barangan/perkhidmatan selagi ia sah disisi undang2 adalah dibenarkan dimasukkan ke dlm blog kita. Apa yg diharapkan, jika adanya keuntungan drpd cara ini dptlh disumbangkan sedikit sebanyak ke tabung taman kita.
Utk cara yg lebih mudah, elok sediakan link ke website/blog/dll Tuan/Puan bg mengelakkan blog kita sesak.
Oleh itu jika sesiapa ingin berbuat demikian, sila email (tpsks3@gmail.com) atau postkan comment supaya saya boleh buatkan mengikut kategori.
Tq

Ucapan Selamat Hari Raya Puasa

Kat sini, ada post khas utk Ucapan Hari Raya. Jadi kalau sesiapa nk tujukan ucapan, disilakan.
Utk memulakannya, kami (Bahari + Azie =Csha dr 107) terlebih dahulu ingin mengucapkan;

" Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin "
Kepada semua kejiranan Tmn Puncak Saujana