Thursday, February 17, 2011

Bayaran yuran secara online di bekukan sementara


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Seperti sedia maklum, AJK yg baru telah di lantik pada AGM yg lepas dan akan berkuatkuasa pada 1Mac 2011. Oleh itu bayaran yuran secara online akan dibekukan sehingga akan diberitahu kelak dalam persediaan kemaskini akaun yg akan diserahkan kpd AJK yg baru. Walaupun bayaran secara online dibekukan, warga taman masih boleh membuat bayaran secara manual iaitu kpd AJK yg telah di lantik. Senarai AJK yg baru akan di paparkan selepas mensyuarat pertama di adakan. Di harap perkara ini mendapat kerjasama dr warga taman sekalian.
Sekian

5 comments:

  1. Mohon pencerahan daripada AJK berhubung bayaran yuran bulanan. Minta dihuraikan jumlah bayaran RM50 tersebut. Sebagai contoh daripada RM50 itu huraikan, berapa untuk guard dan berapa untuk persatuan. Selagi tiada pencerahan berhubung perkara ini, ahli akan tertanya tanya arah pergi duit itu. Mohon Pengerusi dan AJK baru telus dalam isu ini.

    ReplyDelete
  2. Amat bersetuju. Kalau dulu persatuan pernah edarkan senarai bayaran bulanan untuk tatapan semua ahli yang dianggap 'telus' (bagi saya ia amat tidak wajar kerana mengaibkan ahli tertentu) perbelanjaan juga harus diperincikan secara bulanan & diedarkan untuk makluman bersama. Itu baru benar-benar telus. Ahli berhak tahu setiap butir perbelanjaan, baru mereka yakin nak buat bayaran bulanan. Masalah utama bayaran bulanan tak cukup kerana kebanyakan ahli 'meragui' perbelanjaan RM50 tu. Inilah cabaran sebenar yang perlu dipikul oleh Pengerusi dan AJK yang baru.

    ReplyDelete
  3. perkara ini sy akan majukan kpd bendahari. Jika perlu jawapan dgn kadar segera bolehlh berhubung terus dgn beliau.

    ReplyDelete
  4. Saya kurang berpuas hati dengan pak guard sedia ada. Tidur dlm bilik guard, semasa penduduk taman tgh tidur. Tidak pantau kenderaan keluar masuk. Memecut motor di belakang lorong rumah semata-mata mengejar masa utk mengunci jam. Jika mereka memecut, sempatkah mereka nak pantau keadaan rumah kami?

    ReplyDelete
  5. Setuju juga, kebanyakan orang luar (bukan penghuni taman) bebas keluar masuk taman kita tanpa pantauan. Kemusykilan timbul di sini, apa gunanya sticker kenderaan jika kenderaan lain yang tanpa sticker bebas keluar masuk taman tanpa pantauan. Suka saya memberi cadangan di sini, apa salahnya palang diturunkan setiap masa, mengejutkan saya bila palang masih tidak diturunkan pada lewat tengah malam. Keadaan ini bila tidak dipantau, mudah bg mereka yang tidak bertanggungjawab menceroboh taman kita. Harap sangat masalah ini diberikan perhatian sewajarnya. Keadaan ini juga mempengaruhi ahli taman untuk culas dalam membuat bayaran. Bayaran biarlah setimpal dengan jagaan.

    ReplyDelete