Tuesday, September 8, 2009

MESYUARAT PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA


MESYUARAT PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA,
SEKSYEN 3, 43000 KAJANG SELANGOR
BIL. 4/09

SATU PERJUMPAAN AKAN DIADAKAN PADA MASA, TARIKH
DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT
TARIKH : 13HB SEPTEMBER 2009 (AHAD)
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : NO. 138, JALAN PUNCAK SAUJANA 3/1E,
TAMAN PUNCAK SAUJANA, 43000 KAJANG

AGENDA MESYUARAT
<!--[if !supportLists]-->I. <!--[endif]-->Pengesahan minit mesyuarat.
<!--[if !supportLists]-->II. <!--[endif]-->Penangguhan sementara kerja-kerja pengubahsuaian rumah sebelum dan selepas cuti hari raya.
<!--[if !supportLists]-->III. <!--[endif]-->Borang penduduk bercuti raya untuk diserahkan kepada IPD Kajang
<!--[if !supportLists]-->IV. <!--[endif]-->Persetujuan penubuhan persatuan penduduk .
<!--[if !supportLists]-->V. <!--[endif]-->Kutipan wang bagi mengadakan majlis penduduk seperti majlis hari raya, khairat kematian dan sebagainya.
<!--[if !supportLists]-->VI. <!--[endif]-->Diwujudkan lampu jalan belakang rumah.
<!--[if !supportLists]-->VII. <!--[endif]-->Penambahan pegawal keselamatan pada cuti hari raya.
<!--[if !supportLists]-->VIII. <!--[endif]-->Memperketatkan kemasukan pelawat-pelawat luar.
<!--[if !supportLists]-->IX. <!--[endif]-->Mewujudkan jawatankuasa wanita bagi majlis kerohanian.
<!--[if !supportLists]-->X. <!--[endif]-->Laman sesawang taman ini.
(http://tamanpuncaksaujanaseksyen3.blogspot.com)

9 comments:

  1. Salam,

    Mohon agar hebahan/notis panggilan mesyuarat akan datang dibuat secara lebih meluas melalui pelbagai saluran spt e-mail @ sms (kena start buat database penduduk) agar semua penduduk tahu aktiviti dlm taman. Rasanya tidak semua penduduk tahu tentang kewujudan J/K penduduk sementara sedangkan dah 3 kali bermesyuarat, termasuklah saya sendiri, walaupun dah menduduki rumah sejak awal Jun lalu.

    Matlamat kita agar semua penduduk ambil maklum dan melibatkan diri dlm setiap aktiviti yg bakal dianjurkan serta paling penting kita merapatkan silaturrahim sesama penduduk.

    ReplyDelete
  2. Memang betul, diharap perjumpaan kali ini akan dpt mengumpulkan info2 yg berkaitan.

    ReplyDelete
  3. nak tanya webmaster..
    segala maklumat dalam laman boleh diakses oleh semua org.. so mcm mana nak up sikit ciri keselamatan maklumat yg disampaikan/maklumat yang terkandung melalui laman ini?

    (kalau macam FaceBook, boleh setkan close group atau open group)

    ReplyDelete
  4. Hari tu rugi saya tak datang musyuarat kali pertama. sebab saya keluar rumah bersama keluarga. balik saja tengok-tengok dah ada surat dalam peti surat. rasanya minggu ni saya cuba menhadirkan diri. salam

    ReplyDelete
  5. Ada ke golongan wanita yang hadir mesyuarat?? Segan pulak saya kalau majoriti yang hadir golonagn lelaki sahaja....Terima kasih...

    ReplyDelete
  6. maklumat yg mcm mana tu? Sebabnya info yg ada kt sini hanya borang dan minit mesyuarat (selepas kelulusan pengerusi). Harap bg cadangan

    ReplyDelete
  7. seperti kita nak maklumkan berkenaan tarikh cuti, balik kampung ker, outstation dll utk maklumkan kepada jiran-jiran kat sini. mungkin no hphone cuma utk penduduk taman shj.
    atau mungkin hebahan lain dari penduduk. maknanya laman ini hanya boleh diakses oleh penduduk taman puncak saujana seksyen 3 shj.
    kira closed group
    sekadar pandangan..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Saya Mohd Hifni Rumah No. 37 mencadangkan kita punya persatuan bernama "Persatuan Penduduk Puncak Saujana"

    Bagi saya kita tak perlu ada seksyen 3. Tapi kena ingat, kita kena tanya dulu seksyen 1 dan 2 dah ada persatuan belum, kalau belum kita boleh panggil mereka kombine sekali. Lagi besar lagi bagus seperti Persatuan Penduduk Jenaris.

    -----------------------------

    Lagi satu rasanya bab kahirat kematian, saya rasa kita tak perlu gabung dengan jenaris kerana agak terlalu besar jika begabung. Rasanya agak membebankan ahli jika terdapat ramai meninggal di Kampung Sebelah, setiap kali kena collect. Cubalah kita buat sendiri dan minta tolong dengan masjid terdekat untuk bab mandi, kapan dan pengkebumian.

    diatas hanya sekadar cadangan. saya tak kesah kalau tak diterima, kerana saya cuba fikir terbaik untuk tidak membebankan penduduk.

    wasalam

    ReplyDelete