Monday, January 18, 2010

Berita tergempar

Warga taman sekalian,
Saya dimaklumkan oleh setiausaha dan penasihat yg telah berlaku kejadian pecah rumah pada hari ahad yg lepas. Nampaknya kejadian pecah rumah telah kembali ber'aksi' setelah agak lama menyepi. Oleh itu semoga warga taman sentiasa mengawasi keadaan sekeliling dan jika ada aktiviti yg disyaki mencurigakan silalah laporkan kpd pihak berkuasa. Pihak berkuasa tidak akan mengambil apa2 tindakan terhadap pelapor walaupun setelah disiasat tiada apa yg mencurigakan, selagi niat kita melaporkan hanya utk melindungi diri dan warga taman amnya.
Kepada tuan/puan/cik mangsa yg terlibat, kami rasa agak terkilan kerana tidak dpt membantu dan diharapkan dpt bersabar atas dugaan-Nya ini. Jika ada info yg hendak dikongsi bersama atau bantuan diperlukan bolehlh dimaklumkan kpd saya atau AJK yg lain. Kita sebagai warga taman akan membantu sedaya yg mungkin.
Harap maklum

3 comments:

  1. alamak jadi balik.... umah mana yg kene kali ni..?

    ReplyDelete
  2. Rumah semi-D. Lebih kurang 2 minggu lepas, jam 8 mlm. Rumah belum pasang gril, sedang diubahsuai tapi penghuni dah masuk. Penceroboh dah sediakan dawai untuk ikat penghuni jika terserempak. Ketika diceroboh penghuni tak sedar ada orang masuk rumah. Minta penghuni TPS lebih berhati2, pasang clamp dan kalau boleh jangan simpan barang kemas, cash yang banyak di rumah. Tk

    ReplyDelete
  3. thanks for da info....jam 8 malam pun boleh buat kerje....

    ReplyDelete