Sunday, March 14, 2010

KAJISELIDIK BAGI PERMOHONAN MENERUSKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN YANG SEDIA ADA

( ) TPPSS3K(F.1) JLD.1


KEPADA : SEMUA PENDUDUK-PENDUDUK
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor 9hb Mac 2010


No. 184, Jalan Puncak Saujana 3/1D,
Taman Puncak Saujana, Seksyen3,
43000 Kajang, Selangor

Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

KAJISELIDIK BAGI PERMOHONAN MENERUSKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN YANG SEDIA ADA DI TAMAN PUNCAK SAUJANA, SEKSYEN 3, KAJANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Ingin dimaklumkan bahawa perkhidmatan kawalan keselamatan yang disediakan oleh pemaju TPPT Sdn Bhd secara percuma selama tempoh setahun akan tamat pada akhir bulan April 2010. Bermakna bermula 1 Mei 2010, tiada lagi perkhidmatan kawalan keselamatan.

3. AJK Penaja telah berbincang pada 7 Mac 2010 dan mencapai kata sepakat supaya perkara ini dipanjangkan kepada penduduk-penduduk taman ini terlebih dahulu dengan membuat kajiselidik ke atas perkhidmatan ini. Kajiselidik ini bertujuan bagi mendapatkan maklumbalas penduduk-penduduk samada masih memerlukan perkhidmatan ini atau sebaliknya. Perlu di ambil perhatian bahawa sekiranya penduduk-penduduk ingin meneruskan perkhidmatan ini, ianya akan melibatkan bayaran bulanan ke atas syarikat kawalan keselamatan yang dilantik bagi menjaga taman ini.

4. AJK Penaja menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Kajang, sehingga kini telah berlaku 5 kejadian pecah rumah di taman ini sepanjang perkhidmatan kawalan keselamatan yang lama. Pihak IPD Kajang memaklumkan bahawa kekerapan jenayah ini bukan hanya berlaku di taman ini sahaja, malah taman-taman bersebelahan. Untuk makluman, bilangan rumah yang ada di taman ini adalah sebanyak 186 buah (Semi D dan Double Storey Terrace House). Daripada jumlah tersebut, dianggarkan hampir 90% buah rumah telah diduduki.

5. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasabaik Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk mengisi ruangan kajiselidik yang telah disediakan di bawah bagi maklumbalas perkhidmatan tersebut. Keputusan kajiselidik ini akan dimuat turun di dalam blogspot taman ini (http://tamanpuncaksaujanaseksyen3.blogspot.com). AJK Penaja akan menjalankan kajiselidik ini dari rumah ke rumah mulai tarikh di atas pada sebelah malam hari. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.


Khairul Anuar Abdul Latif
Pengerusi Penaja
Taman Puncak Saujana, Seksyen3
Kajang

2 comments:

  1. Ingin mencadangkan supaya rumah2 yang telah membayar yuran keselamatan diletakkan sticker khas di depan pagar agak pak guard lebih memberi perhatian kepada si pembayar

    ReplyDelete
  2. Rasernya cam tak adil plak..lebih elok diwajibkan serta dipastikan agar semua penghuni membayar yuran yang telah ditetapkan. Elok untuk keselamatan dan kesejahteraan bersama. Sebagai penghuni di taman adalah wajar kita anggap taman kita adalah tanggungjawab kita bersama.

    ReplyDelete