Sunday, April 18, 2010

Logo TPSKS3

Warga taman,
Seperti maklum, persatuan taman kita telah berjaya ditubuhkan dgn jayanya. Untuk melengkapkan lagi pertubuhan itu, satu logo mesti di buat utk digunakan sebagai letter head, sticker dan lain2 lagi. Dengan itu, Pengerusi taman kita mengalu-alukan sesiapa yg berkebolehan atau berminat utk menyumbang idea utk logo taman kita ini.Sedikit ganjaran mungkin akan di hadiahkan utk ini (bergantung kpd sumber keewangan semasa kita). Syarat2 biasa perlu diberi perhatian;

1. Rekaan logo hendaklah kemas dan menarik.
2. Kedua-dua moto dan logo hendaklah mudah difahami dan jelas maksudnya.
3. Memastikan logo, moto yang direka mestilah asli (hakcipta terpelihara), baru dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.
4. Moto boleh dibuat dalam dwi bahasa; Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jika ada sebarang cetusan idea atau cadangan amatlh digalakkan, sila email tpsks3@gmail.com.

TQVM

No comments:

Post a Comment