Wednesday, June 30, 2010

MAJLIS GOTONG ROYONG TAHUNAN DAN SOLAT HAJAT PENDUDUK-PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR

Ruj No. : ( ) dlm PPTPSS3KS (F.1) JLD. 1
Tarikh : 28 Jun 2010

Kepada,
Semua Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3, Kajang, Selangor

Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MAJLIS GOTONG ROYONG TAHUNAN DAN SOLAT HAJAT PENDUDUK-PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana, Seksyen 3, Kajang, Selangor akan mengadakan Majlis Gotong Royong Tahunan dan Solat Hajat di taman ini pada tarikh, masa dan tempat majlis tersebut seperti berikut:-

Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (majlis gotong royong) & 7.00mlm (Solat hajat)
Bertempat : Jln Puncak Saujana 3/2,Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bersama-sama memeriahkan ke dua-dua majlis ini. Bagi majlis gotong royong, Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dinasihati membawa peralatan-peralatan gotong royong sendiri. Contoh peralatan gotong royong seperti penyapu lidi, cangkul, parang, pongkes, penyodok longkang, mesin rumput, pencakar, tangga dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu. Majlis gotong royong ini akan dirasmikan oleh ADUN Kajang iaitu YB Cikgu Lee Kim Sin.

4. Bagi majlis solat hajat pula akan dimulai dengan solat maghrib terlebih dahulu dan diakhiri dengan tazkirah daripada Penceramah Jemputan daripada Jakim iaitu Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail. Pakaian bagi kedua-dua majlis ini adalah bersesuaian. Semoga dengan adanya majlis ini ianya dapat merapatkan hubungan semasa kita di dalam membentuk masyarakat yang saling bantu-membantu.


Sekian, terima kasih.


KAMARULZAMAN ABDUL GHANI
Pengerusi
Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3,
Kajang, Selangor


AGENDA MAJLIS

MAJLIS GOTONG ROYONG TAHUNAN DAN SOLAT HAJAT PENDUDUK-PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR

Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (Majlis gotong royong) & 7.00 mlm (Solat hajat)
Bertempat : Jln Puncak Saujana 3/2,Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor

SEBELAH PAGI

7.30 pagi Pendaftaran Ahli-Ahli

8.00 pagi Ucapan Pengerusi Majlis

8.10 pagi Bacaan Doa

8.15 pagi Ucapan aluan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 Kajang Selangor

8.20 pagi Ucapan Perasmian Oleh ADUN Kajang iaitu YB Cikgu Lee Kim Sin

8.30 pagi Pemberian Saguhati oleh Pengerusi kepada ADUN Kajang iaitu YB Cikgu Lee Kim Sin

8.35 pagi Minum Pagi

9.00 pagi Bermula Majlis Gotong Royong
- Pembahagian kepada Kumpulan

12.00 tgh Majlis Bersurai


SEBELAH MALAM

7.00 mlm Ketibaan Ahli-Ahli

7.30 mlm Solat Maghrib

7.45 mlm Solat Hajat

8.00 mlm Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail daripada JAKIM

8.40 mlm Pemberian Saguhati oleh Pengerusi kepada Ustaz Mohd Ajib Bin Ismail

8.45 mlm Solat Isyak

9.00 mlm Jamuan Ringan / Majlis Bersurai

1 comment:

  1. same same la kite gotong royong dan solat hajat tu nanti..

    ReplyDelete