Monday, February 7, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 2 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR


 
Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 2 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Ingin dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke 2 Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana Seksyen 3 Kajang Selangor akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh              :           12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa               :           8.15 pagi
Tempat            :           Jalan Puncak Saujana 3/2,
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor

3.         Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat sebarang usul daripada ahli-ahli Persatuan boleh dikemukakan kepada Setiausaha Persatuan. Kehadiran dan kerjasama Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan di mesyuarat tersebut amatlah dihargai.

Sekian, harap maklum.



MOHD FARIZ AHMAD
Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana
Sekysen 3 Kajang Selangor







AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 2
PERSATUAN PENDUDUK
TAMAN PUNCAK SAUJANA SEKSYEN 3 KAJANG SELANGOR


Tarikh              :           12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa               :           8.15 pagi
Tempat            :           Jalan Puncak Saujana 3/2,
Taman Puncak Saujana, Seksyen 3,
43000 Kajang, Selangor
Pengerusi        :           Encik Kamarulzaman Abdul Ghani


Masa                                                   Perkara

8.15 pagi                     Pendaftaran ahli-ahli PPTPSS3KS

8.45 pagi                     Ucapan Aluan oleh Pengerusi PPTPSS3KS

9.00 pagi                     Mesyuarat Agung PPTPSS3KS dimulakan

                                    -           Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama

-           Pembentangan Laporan oleh Setiausaha

-           Pembentangan Laporan oleh Bendahari

                                    Pembubaran AJK PPTPSS3KS Tahun 2010

                                    Perlantikkan Pengerusi Sementara

-           Perlantikan AJK PPTPSS3KS 2011

Ucapan daripada Wakil AJK PPTPSS3KS 2011

-           Membincangkan usul daripada ahli

12.00 tgh                     Jamuan Ringan / Bersurai.



No comments:

Post a Comment