Friday, April 22, 2011

"Link" baru untuk komoditi penduduk

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebuah "Page Link" baru akan diwujudkan bagi memuatkan iklan penduduk yang ingin menjual komoditi / barangan. Diminta sesiapa yang berminat supaya:

1. Menyenarikan barangan yang ingin di iklankan;
2. Menyediakan iklan di dalam format "Word Document" supaya mudah dimuatkan didalam blog;
3. Nyatakan peratusan sumbangan (sekiranya ingin menyumbang), bagi setiap penjualan yang dibuat melalui iklan di dalam blog ini.

Sekian Terima Kasih
AJK Maklumat

1 comment:

  1. Saya setuju dengan program ini...bukan setakat aja barangan yang boleh dijual malah yang hendak diderma atau yang sudah tidak mahu dimiliki tetapi masih boleh digunakan boleh diberikan kepada jiran yang lain yang ingin memilikinya. Saya melihat ini satu budaya yang baik. Selama saya berada di luar negeri (UK), saya melihat ramai penduduknya memberikan barangan mereka yang masih berguna secara percuma. semangat ini yang patut kita amalkan supaya semangat kejiranan kita sentiasa wujud. Semoga persatuan ini akan sentiasa aktif dan berkembang pesat. Wassalam. Salam dari perantauan dari shahrul Azman.

    ReplyDelete