Thursday, October 6, 2011

Pelekat Kenderaan Percuma Untuk Lebihan Bayaran 2011

Assalamualaikum Jiran-jiran;

Seperti yang disarankan di sini, sebahagian daripada penduduk membayar yuran secara online ke akaun Maybank Persatuan. Untuk mengenal pasti pembayarnya, pihak AJK telah meminta penduduk melebihkan bayaran (Yuran + no. rumah).

Untuk memulangkan lebihan bayaran tersebut, Mesyuarat AJK telah bersetuju memberikan sekeping sticker kereta 2012/13 bagi sebarang lebihan pembayaran pada tahun ini. Pelekat tersebut akan diedarkan kepada yang berkenaan bersama-sama penyata yuran September tidak lama lagi.

Pelekat 2012/13 juga boleh dibeli daripada Pengerusi ataupun Bendahari dengan harga RM5 (motosikal) dan RM10 (kereta).

-Bendahari-

2 comments:

  1. harga pelekat kereta mahal sgt.. mohon dikurangkan harga tu.. tak semua orang mampu.. mungkin pekerjaan barisan ajk2 banyak yang bergaji tinggi.. harap persatuan dapat ambil tindakan sewajarnya..

    ReplyDelete
  2. Saya nampak ramai kereta yg tiada pelekat masuk.. masuk hanya dgn angkat tangan dan guard lepaskan..guard yg diupah nampaknya bukan benar benar memantau kenderaan keluar masuk..tak berbaloi jika hanya bayar utk just bagi nampak ada guard tapi hasil..tiada

    ReplyDelete